Saturday 21 February 2009

SULTAN PERAK : Pudarnya Kesetiaan...


RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Teringat aku masa zaman sekolah rendah dulu yang mana Rukunegara amatlah ditekankan oleh para guru kepada anak2 murid mereka termasuklah aku yang pada masa itu taklah faham sangat akan fungsi2 Rukunegara ni (telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 31hb Ogos 1970 sempena Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke13) kepada diri sendiri, masyarakat Malaysia berbilang kaum, berbagai kepercayaan dan adat resam dan juga kepada negara yang tercinta ini.

Kemelut politik yang sedang melanda negeri Perak sekarang ni yang telah membabitkan Sultan Perak di dalam permasalahan perebutan kuasa di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk memerintah negeri Perak telah 'membuka luas' mata aku akan betapa pentingnya bagi kita untuk menghayati erti sebenar Rukunegara ini dan bukannya hanya sekadar luahan kata2 sahaja tanpa disertakan dengan keikhlasan hati... KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA nampaknya sekarang ini hanyalah tinggal sebagai salah satu daripada kata2 yang terdapat di dalam Rukunegara yang tidak lagi membawa apa2 erti kepada segelintir manusia yang menggelarkan diri sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi yang bertuah ini, hanya kerana mahu berkuasa dan demi untuk memenuhi nafsu dan kehendak diri sendiri dan juga kemahuan orang2 yang berkepentingan, sanggup untuk menderhaka kepada Raja yang selama ini menjadi 'payung' kepada tanah Malaysia yang tercinta ini dan yang paling menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka anak Melayu sendiri secara terang terangan telah menderhaka kepada Raja yang tercinta dan ini secara tidak langsung akan membuatkan bangsa2 lain akan terfikir bahawa gelaran Raja itu hanyalah satu gelaran yang telah diwarisi turun temurun tanpa membawa apa2 erti...

Aku bukanlah nak masuk campur dalam hal2 politik ini cuma aku tak suka apabila institusi Raja-Raja diperbudak budakkan oleh segelintir manusia yang tidak tahu menghormati dan tidak sedar diri yang sebenarnya mereka sedang berpijak di bumi yang sentiasa menyanjung dan memandang tinggi akan kedudukan Raja-Raja Tanah Melayu ini sehinggakan ada yang berani mahu mengheret Raja Perak ke muka pengadilan hanya kerana tidak puas hati dengan campurtangan Baginda menyerahkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada parti yang satu lagi yang mana apa yang aku nampak ianya sebagai satu penghinaan kepada institusi Raja-Raja Melayu... Kepada anak2 Melayu yang sudah terlanjur menentang Raja Perak diharapkan agar mereka segera sedar bahawa tindakan mereka ini akan mengundang padah kepada bangsa dan negara, janganlah bila dah terhantuk barulah nak mengadah... Kepada orang2 bukan Melayu yang cuba untuk mempermainkan dan memandang rendah akan kedudukan Raja-Raja Melayu, sarang tebuan janganlah di jolok kerana kelak akan membawa padah kepada diri mereka sendiri...

Sepatutnya kita, rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ni mestilah bersatu padu untuk sama2 membangunkan negara kita yang tercinta dan aman ini dan bukannya menimbulkan suasana tegang yang mungkin akan membawa kepada kemusnahan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara... Kita akan dihormati sekiranya kita tahu untuk menghormati orang lain dan akhir sekali, kepada Raja Perak yang patik hormati dan sanjungi, DAULAT TUANKU!

16 comments:

Anonymous said...

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Sesungguhnya amat sedih bila kita lihat apa yang sedang berlaku di tanah air kita. Kalau sudah anak melayu sendiri tidak menghormati kesultanan negeri, apakan lagi anak Malaysia yang lain, kalau anak Malaysia yang lain pun dah tak menghormati, apakan lagi bangsa bangsa lain di luar negara??? Tak ada istilah lain dari DERHAKA!!!
Derhaka bukan calang calang derhaka, Derhaka pada ketua negeri, mempersendakan kesultanan dan mangaibkan apa yang selama ini kita tahta sebagai ANAK BUMI TANAH MELAYU.

Aku rasa sudah tiba masa kita bertindak, bukan hanya berpeluk tubuh melihat, sebelum menjadi makin parah. Lagi ditunggu, lagi angkuh jadinya, kalau dulu hanya tidak mengiktiraf dan mempertikaikan keputusan Sultan, sekarang sudah berani saman di makamah, kalau dulu tidak berganjak , sekarang sudah berani membuat kenyataan untuk menghalau menteri besar dari sidang DUN yang di lantik oleh Sultan. Besok lusa apa pula?? Makin bersabar, makin melampau dan bila makin berdiam, makin pula biadab!!

Rukunegara hanya tinggal sebagai kenangan, tak lebih dari sesuatu yang kita pernah melafazkan pada setiap minggu atau yang pernah kita menatap di belakang setiap buku tulis di bangku sekolah. Jangan hanya tinggal sebagai sesuatu yang kita pernah lafazkan tanpa segan silu terhadap setiap rangkap di rukunegara.

Bukan niat aku untuk mencetuskan perbalahan antara bangsa atau kaum, tetapi tak dapat mendiamkan diri lagi...

Kepada saudaraku Eizlan, sokongan 100%.......

Abdul Munaf Sultan

Dato' Eizlan Yusof II said...

salam munaf...semangat anak Melayu tulen yang tidak akan pudar...bak kata Laksamana Hang Tuah 'takan Melayu hilang di dunia'

Melayuemas69 said...

DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!

Anonymous said...

Tak dapat dinafikan pd waktu ini, panghayatan rukun negara semakin pudar, kesetiaan kpd raja dan negara semakin tipis, anak2 sudah semakin biadap ibubapa, murid2 semakin kurang ajar. Org asing bermaharaja lela kat bumi Malaysia.

Org politik pejuang diri dan pangkat..siapa akan hamcurrr? Kita lupa apa yg kita ada hari ini adalah milik anak2 generasi akan datang.

Ingat kembali sejarah penjajahan British 100 tahun. Ingat nak bagi bg HANCUR mmg mudah.

aSRa said...

wah abg eizlan..what a thought..
DAULAT TUANKU....

Josephine Delgado said...

Bravo Eizlan!

Anonymous said...

Setelah membaca setiap kata-kata yang tertulis Ain ucapkan syabas Eizlan.

Tertarik dengan kata-kata Lan yg tertulis sarang tebuan janganlah di jolok kerana kelak akan membawa padah kepada diri mereka sendiri...

Anonymous said...

they just say out but didn't do it..

Dato' Eizlan Yusof II said...

thx so much for the support, my friends...

Yani Ilyani said...

Hayati lirik lagu ni...


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Dato' Eizlan Yusof II said...

salam yani, di antara komen yang terbaik dan very meaningful, terima kasih sebab sudi support title ni...

suffianr said...

good note.. mmg i setuju dgn u bro.. keep it up.. terasa bangsa kita pun sudah mula kurang ajar aka derhaka dgn sultan..

Anonymous said...

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Raja Berpelembagaan adalah amalan serta tatacara di Malaysia. Raja BerDaulat sebagai Payung kepada Rakyat Jelata, memayungi Negeri dan Negara secara Adil dan Saksama. Haruslah diingatakan Raja melambang KeUtuhan satu Bangsa, Penyatuan dan Kesatuan untuk bersama SeIa dan Sekata menurut Titah Perintah dan DiJunjung DiSanjung selagi Ianya Titah Yang HAQ dan tiada Cacat Cela. Wahai anak Bangsa, Jadilah Layak Panglima Berjiwa Merdeka dan Bukan Petualang yang Derhaka pada Raja. Pada yang Derhaka...Awaslah Murka Raja, Rakyat turut Terasa. Jangan diUndang Malapetaka, nanti Buruk Padahnya. Jangan dicabar Darah Panglima, kalau hukum ditangan Perwira...Yang Pasti terimalah akibatnya.

"Rajawali"
Bebola Mata Berkaca,
Akal Mengembara,
Hati Berbicara,
Qalbu Berdoa.
Lembayung Sutera Menirai Suria, Titik Pertemuan Dua Dunia, Kesaksian Kebenaran
Kebesaran KuasaNya.
CahayaNya Gemerlapan,
Ku Kesana dengan IzinNya,
Membawa Harapan Alam Semesta,
Bumi DiPijak, Langit DiJunjung. Haq Datang, Batil Hilang,
Ku Kibarkan PanjiNya.
KuHambaNya KuKhalifahNya. Salamullah Sunahtullah
Jihad Fisabilillah....Criterion911.

Saudara Eizlan...Layak Panglima Berjuang Demi MeMulaikan Agama, MeMertabatkan Bangsa dan Budaya. Mata Pena itu Lebih Tajam dari Mata Pedang. Terushan Usaha, Ke BersamaMu walau sampai KeTitisan Darah dan Airmata. Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata. Dari Duduk Bertimpuh Biar Kita Gugur Merempuh. Salam Perjuagan Buat Sahabat. Dendangkan Lagu Kemanusiaan dengan membawa Kasih Sayang sebagai Harapan Insan.

From:-
Criterion911 to Bond007.

cham's said...

btul ar abg eizlan, dia org tu smua sengal!!! lupa asal usul. i pun make a komentar dlm my post "anak babi penari ballet". i cari melayu dan bukan sekadar islam.

Akuro Sakakibara said...

well.. sesetengah org bertindak mengikut hati dan terlalu taksub.. mcm tu la jadinya

Anonymous said...

erm...sy skong awk...memg msa diorg wat cm2 kt perak sy sndri asa cam sedih...coz sggup diorg wat rja cam2...mna diorg nye ase hormt n sptuttny diorg lindungi n naikkn mrtbt rja..bukn meghentm or jtuhkn stitusi diraja...

-putrilyiana-