Thursday 26 March 2009

Musim Ke7 Akademi Fantasia

Akademi Fantasia 7 akan memasuki persembahan minggu yang ke3 di mana kita akan dapat menyaksikan siapakah yang bakal meninggalkan lantai persembahan yang menjadi platform buat anak2 muda ini untuk mempamerkan kelebihan dan kekuatan masing2 untuk bergelar JUARA AF7 setelah kita menyaksikan Nas Adila Mohd Dan aka ADILA dari Johor Bharu yang juga merupakan artis rakaman terpaksa melupakan perjuangannya di dalam AF7 setelah mendapat undian yang terendah pada minggu lepas.

Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung akan dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan dan semangat yang berkobar-kobar untuk bergelar SELEBRITI, mempersembahan bakat yang terpendam atau terendam selama ini dan secara langsung, mengharapkan agar kehadiran mereka di dalam industri seni tanahair akan mendapat perhatian dan 'restu' daripada masyarakat.

Bagi aku, AF7 ini telah berjaya di peringkat pemilihan bakal pelajar kerana sebahagian besar daripada mereka sememangnya mempunyai bakat dari segi vokal (tahniah para juri) cuma apa yang aku kurang senangi, apabila terdapatnya segelintir daripada mereka ini yang sudah merasakan bahawa mereka sudah bagus apabila berjaya terpilih sebagai PELAJAR AF7 dan tdak kurang juga ada yang terlalu EMOTIONAL apabila menghadapi situasi2 sukar semasa dalam tempoh pembelajaran di dalam AF.

Memenangi hati para penonton untuk mengundi mereka adalah agenda yang sebenarnya di dalam pertandingan sebegini dan bukan hanya dengan kekuatan vokal sahaja sudah cukup memadai untuk meraih undi kerana mesti difahami, AKADEMI FANTASIA bukanlah satu tempat untuk hanya beradu KEKUATAN dan KEHEBATAN vokal masing2 tetapi juga merangkumi tingkah laku, keperibadian dan pergaulan para pelajar yang sentiasa menjadi tontonan para pengundi untuk menentukan siapakah yang sebenarnya layak untuk menang dan sebagai contohnya, MAWI yang sering melakukan kesilapan dulu pun mampu untuk bergelar JUARA AF kerana AURA dan KEPERIBADIAN beliau yang tidak ada pada para pelajar saingannya pada masa itu.

Buat sesiapa sahaja yang mahu mengejar impian untuk bergelar SELEBRITI, sebenarnya tanggungjawab sebagai PUBLIC FIGURE adalah suatu perkara yang berat dan tanpa disedari, sebahagian daripada hidup para selebriti adalah KEPUNYAAN masyarakat dan setiap langkah kita akan diperhatikan dan tidak kurang pula ada yang tidak menyenangi akan kehadiran kita di dalam industri ini yang sentiasa menunggu peluang untuk MENJATUHKAN kita apabila tersalah langkah yang kita ambil.

Kekuatan dalaman dan luaran sebagai seorang selebriti mestilah selari agar kita mampu untuk menjadi seorang selebriti yang dihormati, disegani dan berkekalan untuk suatu jangkamasa yang lama dan tidak hanya sekadar MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SAHAJA.

Saturday 14 March 2009

Tiara Jacquelina OK!

Apabila diumumkan sahaja nama Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Pengetua Akademi Fantasia yang ke7, pelbagai reaksi daripada luar telah didengari, ada yang setuju dan ada jugak yang merasakan Tiara TIDAK SESUAI LANGSUNG untuk memegang jawatan terpenting tersebut.

Sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada orang yang LEBIH BERPENGALAMAN kalau mahu dibandingkan dengan Datin Seri yang dikatakan TIDAK BEGITU MENONJOL & TIDAK BEGITU BERKARISMA untuk bergelar sebagai Pengetua AF.

Pada pandangan aku, mungkin Datin Seri kurang berpengalaman kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama besar yang termasuk di dalam senarai pendek pemilihan untuk jawatan Pengetua tetapi beliau mempunyai KREDIBILITI & KELEBIHANNYA yang tersendiri yang tidak ada pada calon2 yang lain dan aku rasa beliau mampu untuk memikul tanggungjawab berat itu walaupun mendapat kritikan hebat dari berbagai sudut.

Mungkin jugak timbulnya isu sebegini kerana ada yang IRI HATI atau pun tidak suka dengan diri Datin Seri sendiri dan terus menghukum Datin Seri tanpa menjalani dulu proses 'PERBICARAAN' dan pemilihan calon2 untuk memegang jawatan Pengetua AF ini pastinya telah dijalankan dengan teliti oleh PARA JURI yang telah diberikan kepercayaan dan yang telah diamanahkan oleh pihak ASTRO untuk memilih siapa yang benar2 layak untuk menduduki KERUSI PANAS tersebut.


Bukannya aku mahu menyebelahi Datin Seri kerana aku mengenali beliau sebagai seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang baik tetapi seharusnya kita berilah peluang dan ruang kepada Datin Seri untuk membuktikan yang beliau SEMEMANGNYA layak untuk bergelar Pengetua AF7 ini dan janganlah terlalu MENGHENTAM dan memberikan KRITIKAN PEDAS kerana ianya baru nak bermula dan kepada Datin Seri Tiara Jacquelina, GOOD LUCK!

Tuesday 10 March 2009

Harta Pusaka Bawa Bencana?

Aku terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada salah seorang sahabat aku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah ayah beliau yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia... Perebutan di antara mereka adik beradik telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.

Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?

Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.


Bagi aku, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.

Thursday 5 March 2009

Gajah Bertarung, Kancil Mati Tersepit...

Kemelut politik di Perak masih berlanjutan sehingga ke hari ini tanpa menampakkan tanda2 pemulihan dalam jangkamasa terdekat yang mana ini akan menyebabkan ketidakstabilan dari segi pengurusan negeri, ekonomi dan perbalahan yang tidak berkesudahan...

Barisan Nasional yang berjaya 'merampas' kembali negeri Perak daripada Pakatan Rakyat yang mana situasi ini telah mencetuskan satu pertembungan yang tidak sihat di antara 2 parti politik ini yang akan berpanjangan dan akan menyebabkan rakyat negeri Perak berada di dalam situasi yang tidak selesa dan membimbangkan... Kepimpinan baru negeri Perak akan sentiasa diganggu gugat oleh parti yang satu lagi dan ini akan menimbulkan kesukaran didalam melaksanakan tugas2 pentadbiran negeri dan kelancaran di dalam tugas2 kemasyarakatan dan kebajikan rakyat2 negeri Perak...

Kedua-dua parti haruslah mencari satu pendekatan yang positif bagi menyelesaikan permasalahan di antara mereka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri Perak dengan mengenepikan kepentingan diri sendiri dan parti kerana kedudukan parti yang memerintah sekarang ini telah diperkenankan oleh Sultan Perak, yang mana titah Baginda tidak perlu dan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak yang satu lagi... Seharusnya pihak yang satu lagi, menyusun strategi untuk masa yang akan datang supaya permasalahan dalaman parti tidak berlaku lagi sehingga menyebabkan ada di antara ahli2 parti tersebut bertindak keluar parti dan menyebabkan parti itu hilang kedudukan mereka di dalam tampuk pemerintahan negeri kerana permasalahan yang sebenarnya berlaku, pada pandangan aku, adalah dari dalam parti itu sendiri...

Tuesday 3 March 2009

Kerja Selesai Gaji Lebur...

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang meninggalkan penipuan yang merupakan suatu kebathilan, nescaya dibinakan (istana) untuknya di persekitaran syurga ; sesiapa yang meninggalkan perbalahan sedangkan dia berada di pihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya di pertengahan syurga ; sesiapa yang mengelokkan akhlaknya, dibinakan untuknya di tempat tertinggi di dalam syurga (Riwayat al-Tarmizi).

Bercakap tentang kerja dah selesai tetapi tidak dibayar sudah menjadi satu 'penyakit' yang telah menjadi BARAH sejak dari dulu lagi di dalam industri seni tanahair... Aku ni sebagai contoh, sudah beberapa kali dipermainkan oleh penerbit2 yang kononnya gah dengan pencapaian dan kedudukan mereka yang kukuh di dalam industri tetapi mempunyai satu tabiat yang menyakitkan hati, LIAT NAK BAYAR GAJI ORANG ATAUPUN TAK BAYAR LANGSUNG!

Kalaulah dihimpunkan gaji aku yang dia orang ni tak bayar, mencecahlah jugak sehingga ke 5 angka tetapi apakan daya aku bila berhadapan dengan orang2 yang bongkak sebegini, ibaratkan timun nak berlawan dengan durian, seolah-olah industri ni dia orang yang punya dan dia oranglah yang berkuasa... Bayangkan di akhirat nanti, DIA ORANG NI AKAN MEMIKUL SEMUA HUTANG2 MEREKA TU KE SANA KE MARI UNTUK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA YANG EMPUNYA HAK!

Walaupun hanya beberapa kerat sahaja penerbit yang mempunyai tabiat buruk ni tetapi secara tidak langsung ianya akan mencemar nama baik yang lain2 dan juga suatu perkara yang tidak sihat kepada pertumbuhan industri... Yang aku tak faham dengan dia orang ni, bila terserempak dengan kita, dia orang boleh buat muka macam takde apa2 yang berlaku dan aku ni pulak bukan jenis yang suka nak memalukan orang dikhalayak ramai...

Syarikat produksi ibaratkan cendawan tumbuh tetapi banyak jugak syarikat2 yang terpaksa gulung tikar akibat daripada aku sendiri pun tak tahu kenapa dan ada jugak syarikat produksi yang memang terkenal dengan 'penyakit' tak bayar gaji pekerja yang jatuh merundum dan mungkin jugak jatuh akibat daripada 'sumpahan' dari orang2 yang teraniaya dan sememangnya di antara doa2 yang insya'allah akan dikabulkan permintaan mereka adalah dari golongan orang2 yang teraniaya, sendiri mahu ingatlah! Bukannya mahu menghentam sesiapa (siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya) tetapi kenyataan dan hanya mahu meluahkan perasaan kesal dan tidak puas hati kepada golongan manusia yang macam ni pasal baru2 ni, aku terkena lagi tetapi takpelah, aku berserah saja kepada Yang Maha Kuasa untuk mengadili dan mungkin jugak ALLAH SWT mahu menganugerahkan kepada aku rezeki yang lebih luas dan besar dan didugaNya aku dengan manusia2 yang tidak berhati perut macam dia orang ni.