Thursday, 26 March 2009

Musim Ke7 Akademi Fantasia

Akademi Fantasia 7 akan memasuki persembahan minggu yang ke3 di mana kita akan dapat menyaksikan siapakah yang bakal meninggalkan lantai persembahan yang menjadi platform buat anak2 muda ini untuk mempamerkan kelebihan dan kekuatan masing2 untuk bergelar JUARA AF7 setelah kita menyaksikan Nas Adila Mohd Dan aka ADILA dari Johor Bharu yang juga merupakan artis rakaman terpaksa melupakan perjuangannya di dalam AF7 setelah mendapat undian yang terendah pada minggu lepas.

Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung akan dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan dan semangat yang berkobar-kobar untuk bergelar SELEBRITI, mempersembahan bakat yang terpendam atau terendam selama ini dan secara langsung, mengharapkan agar kehadiran mereka di dalam industri seni tanahair akan mendapat perhatian dan 'restu' daripada masyarakat.

Bagi aku, AF7 ini telah berjaya di peringkat pemilihan bakal pelajar kerana sebahagian besar daripada mereka sememangnya mempunyai bakat dari segi vokal (tahniah para juri) cuma apa yang aku kurang senangi, apabila terdapatnya segelintir daripada mereka ini yang sudah merasakan bahawa mereka sudah bagus apabila berjaya terpilih sebagai PELAJAR AF7 dan tdak kurang juga ada yang terlalu EMOTIONAL apabila menghadapi situasi2 sukar semasa dalam tempoh pembelajaran di dalam AF.

Memenangi hati para penonton untuk mengundi mereka adalah agenda yang sebenarnya di dalam pertandingan sebegini dan bukan hanya dengan kekuatan vokal sahaja sudah cukup memadai untuk meraih undi kerana mesti difahami, AKADEMI FANTASIA bukanlah satu tempat untuk hanya beradu KEKUATAN dan KEHEBATAN vokal masing2 tetapi juga merangkumi tingkah laku, keperibadian dan pergaulan para pelajar yang sentiasa menjadi tontonan para pengundi untuk menentukan siapakah yang sebenarnya layak untuk menang dan sebagai contohnya, MAWI yang sering melakukan kesilapan dulu pun mampu untuk bergelar JUARA AF kerana AURA dan KEPERIBADIAN beliau yang tidak ada pada para pelajar saingannya pada masa itu.

Buat sesiapa sahaja yang mahu mengejar impian untuk bergelar SELEBRITI, sebenarnya tanggungjawab sebagai PUBLIC FIGURE adalah suatu perkara yang berat dan tanpa disedari, sebahagian daripada hidup para selebriti adalah KEPUNYAAN masyarakat dan setiap langkah kita akan diperhatikan dan tidak kurang pula ada yang tidak menyenangi akan kehadiran kita di dalam industri ini yang sentiasa menunggu peluang untuk MENJATUHKAN kita apabila tersalah langkah yang kita ambil.

Kekuatan dalaman dan luaran sebagai seorang selebriti mestilah selari agar kita mampu untuk menjadi seorang selebriti yang dihormati, disegani dan berkekalan untuk suatu jangkamasa yang lama dan tidak hanya sekadar MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SAHAJA.

6 comments:

Josephine Delgado said...

Hi Eizlan, I think what you wrote here is good and hope the people who reads this will understand and embrace it. Bravo! ;p

sha2zam said...

mmg benar apa yg eizlan tulis.. bukan senang n mudah untuk menjadi public figure .. baik dari segi hiburan atau politik etc .. sebagai seorg artis,eizlan tentu tahu disebalik 'glamor' didlm dunia hiburan ni. klu ada peluang eizlan kongsilah ilmu yg ada kepada org baru terutama belia2 yg ingin menjadi anak seni ..

IdzaRis79 said...

tak sangka, dalam juga fikiran u walaupun sibuk dgn agneda seni...

tahniah dan moga berjaya!!

salhalim said...

TAK SALAH KALAU CIK GU FATIMAH MEMPERBETULKAN APAKATA JURI,BAGISAYA APA YANG CIKGU FATIMAH PERKATAKAN ADALAH BETUL..AF ADALAH TV REALITI YANG BERBEZA DARI TV REALITY LAIN.PRESURE TERHADAP PELAJAR MELEBIHI.BAYANGKAN DLM SEMINGGU NAK KENA HAFAL LIRIK.NAK BELAJAR TARIAN,DAN MCM2 LAGI.SEMANGAT MESTI KUAT.SESIAPA YANG BERKELUARGA FIKIR HABIS2 KALAU NAK JOIN AF...JGN FIKIR GLAMOR AJA..

salhalim said...

SAYA SETUJU CIK GU BOLEH PERBETULKAN
PERCAKAPAN JURI,AF BUKANLAH SAMA DGN REALITY LAIN.AF MORE PRESURE.DALAM SEMINGGU NAK KENA HAFAL LIRIK ,NAK BELAJAR MENARI DAN MCM2 LAGI.SEMANGAT MESTI KUAT,KEPADA YANG BERKELUARGA FIKIR LAH HABIS2 NAK MASUK AF TANGUNG JAWAP RINDU KAT ANAK LEBIH PENTING DARI SEGALA NYA..

gurindam rasa said...

assalamualaikum, hiburan melalaikan buat kita lupa pada Allah. hiburan berlandaskan syariat harus dititik beratkan. hiburan lagha blh merosakkan keimanan. bila malaysia nak kurangkan hiburan..program realiti hiburan macam cendawan tumbuh..oh..