Sunday, 10 May 2009

Sampah Ke Drama Melayu?

Aku terpanggil untuk memberi pandangan tentang tajuk ini setelah menonton FENOMENA SENI yang dihoskan oleh Aktor Rosyam Nor pada Jumaat yang lepas yang membincangkan tentang DOMINASI drama2 luar yang kebelakangan ini telah membanjiri TV tempatan sehingga secara tidak langsungnya telah menjejaskan kredibiliti produk tempatan dan telah dijadikan PERBANDINGAN oleh segelintir penonton dan akhirnya drama tempatan dipandang sebagai SAMPAH...

Di mana salahnya sekiranya drama2 terbitan tempatan tidak mencapai ke satu kualiti yang boleh dianggap berjaya dan menepati selera para penonton?

Soal tiada atau kekurangan budget yang telah diperuntukan bagi sesuatu drama itu bukanlah satu ukuran yang sebenarnya sehingga menjejaskan kualiti walaupun ianya juga memainkan peranan yang agak besar dalam pembikinan sesuatu drama...

Sekiranya di pandang kepada kemungkinan besar ketidakperihatinan para penerbit di dalam pemilihan artis2 yang sesuai untuk sesuatu watak di dalam drama mereka juga tidak boleh dijadikan pengukur untuk kejayaan sesuatu drama tersebut dan bagi aku, para pelakon akan dapat merealisasikan watak2 yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka sekiranya mereka dihidangkan skrip yang mempunyai kekuatan jalan cerita dan watak yang bersesuaian dengan seseorang pelakon tersebut.

Kita seharusnya sedar bahawa drama2 luar yang telah dibawa masuk ke dalam negara kita adalah diantara drama2 terbaik yang terdapat di negara mereka dan dipasarkan ke luar negara bagi tujuan perdagangan tetapi sedar tak kita bahawa di negara mereka pun mempunyai drama2 yang kurang berkualiti dan ada kalanya lebih teruk daripada drama tempatan yang dianggap sebagai SAMPAH oleh segelintir penonton kita...

Cuba bayangkan kalau kita mengekspot drama kita ke luar negara, sudah pasti kita akan membuat pemilihan dan menghantar di antara drama2 yang terbaik buat mereka dan semestinya di negara mereka juga akan timbul persoalan bahawa drama2 mereka tidak setanding dengan drama2 dari luar, seperkara lagi, drama2 luar yang ditayangkan di TV kita adalah drama2 2nd hand yang sudah terbukti 'kejayaannya' dan telah mendapat tempat dihati para penonton mereka dan ini akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk memasarkan drama2 mereka ke negara lain seperti Malaysia.

Adalah tidak wajar bagi segelintir penonton yang membezakan drama2 kita yang segar dan masih belum ditayangkan dengan drama2 luar yang sudah terbukti keberkesanannya dan sepatutnya kita mesti memandang secara keseluruhan industri kita dan industri luar kalau mahu dibuat perbandingan dan perlu kita melihat dari semua sudut.

Aku juga tidak menafikan yang terdapatnya drama2 tempatan yang rendah mutunya dan yang paling membimbangkan adalah kuantitinya yang agak besar dan di antara jalan penyelesaian yang terbaik sebenarnya terdapat di dalam tangan pihak stesen TV yang sewajarnya mengetatkan peraturan2 mereka sebelum membuat sebarang pembelian sesuatu drama tersebut dan seharusnya mereka bertegas dari peringkat akar umbinya lagi iaitu di peringkat pemilihan skrip bagi mengekang lambakan drama2 yang kebanyakannya tidak melepasi specification yang telah ditetapkan...

17 comments:

hb said...

abg betl ckp abg drama2 trbitn malysia lbih mnarik dbndingkn yg luar.Saya minat betul dgn drama2 malaysia..so diharap support dr smua pihak akan dpt mngembgkan lagi drma malaysia ke mata dunia

Anonymous said...

hi..

how should i put my words..

i lagi suka tgk movie2 indie m'sia..budget tak ada la banyak sangat. Kadang-kadang guna video camera biasa saja. Tapi beraloi. Beza dia, nilai yang dipamerkan, art, dan kadang-kadang tidak perlu pelakon cantik, yang penting watak dijiwai, dan sampai kepada penonton. Sebab itu saya tak berapatengok drama-drama di TV kecuali yang betul menarik hati je dan ada pelakon yang i suka, seperti Amani. Rata-rata kawa-kawan i jugak seperti i. Kadang-kadang mereka menonton drama melayu hanya untuk memberi komen itu ini.

I harap lagi ramai pengarah macam Yasmin di Malaysia.

Tapi i akan menyokong u kalau u berusaha untuk meningkatkan lagi mutu drama,filem di Malaysia ini.

Anonymous said...

i bukan nak mengutuk drama2 m'sia. kekadang tu i bosan tgk drama kita sbb jalan cerita lebih kurang sama. kalau dah kaya tu... kaya sangat... kalau dah miskin tu... miskin sangat... cerita cinta yg tak kesampaian la... Belum cukup interesting lagi bagi i... sbb kadang2 seseorang pelakon itu
penghayatan watak mereka kurang
convincing... kita tak perlu
budget yg besar utk membuat
drama atau filem kita utk
nampak gah... penghayatan itu
penting... i'm sorry to say ada
segelintir mereka lebih cenderung kepada hidup glamour rather than being professional as a artist... dan kita juga perlu ingat drama2 yg kita hasil secara tak langsung
memberi pendidikan kpd masyarakat... sama ada negative
or positive...

fARahyma_with_LOVE said...

theres a lot of improvement that i can see in malay drama.. sya skrg pn lebih suka menonton drama melayu.. suppose ada 1 chanel yg hanya menyiarkan drama2 melayu, kenapa chanel prima boleh siarkan semua sinetron dari seberang..

mesti ada seseorang yang patut bertindak..

by the way i love drama cinta untuk ain..ngee~~

D'Rimba said...

Apapun menjadi tanggungjawab semua utamakan keluaran negara sendiri seperti Jepun kental jatidiri tidak mudah melatah dalam dunia globalisasi. Menyampah dan meluat tengok kebanyakan rancangan di media tempatan luar negara punya gara-gara berlumba mendapat keuntungan tanpa memikirkan nilai dan tanggungjawab mendidik untuk disemai dalam diri anak bangsa. Kembalikanlah segera seni bangsa dalam nilai-nilai yang mendidik berteraskan Islam sejati....Sekarang ini macam cendawan timbuh drama tempatan menggunakan bahasa rojak dalam drama. Saya amat berharap satn hari nanti DBP akan ambil tindakan cukup tegas bagi memartabatkan bahasa ibunda kita sikit masa lagi.

bluegroup said...

drama melayu BUKAN sampah, tapi di akui memang banyak perkara / aspek perlu di perbaiki terutama jalan cerita. perlu lebih kreatif. bila agaknya abang nak bukak production house sendiri? saya mesti sokong abang =)

Emiratez said...

Setuju dgn anonymous tu. Byk drama melayu ni kisah pasal datuk2, datin2, cinta terhalang, n kalo miskin, miskin sgt. Cube buat drama org kebanyakan or sederhana. Byk jer kisah2 pasal dorg ni. Ape2 pun Rosyam Nor nyer drama gak yg kreatif.

Anonymous said...

honestly, saya tak pernah tengok drama m'sia. bosan. kalau tak gadoh, bermusuhan berpanjangan, kemudian berdendam, takpun menangis, kemudian watak org kaya je..tak sah takde Datok datin semua tu. c'mon la. tak de ke drama mcm siri F.R.I.E.N.D.S ke...or mcm drama lucu at the same time ada serious, romantis, conflict mcm drama korea. tp kalau ada pun drama ala friends tp mesti kisah anak org kaya yg spoilt brat, kalau tak pun kisah anak org kpg masok ke bandar nak further studies tp tejebak mslh sosial. ish tak de idea lain ke? dah tu kalau movie dah sorang buat movie aksi kreta, serantau-rantau ikut buat genre yg sama..omg. lame. kalau sorang buat crita hantu, spjg tahun pun crita hantu yg ada sambungan hantu 1 hantu 2 hantu 3 kemudian ade lagi anak hantu baru lahir. ee boring la! takde ke variasi...mcm twilight ke lotr ke. okay la at least yg paling simple mcm the nanny diaries..kisah fresh grad yg nak cari identity sendiri, point movie yg begitu simple tp they made it so interesting. bukan nak mengutuk, bt pls do something out of the box. sy percaye bnyk anak2 muda yg berkebolehan yg study media ape semua tu cuma mereka tak de peluang nak masok lubang je. mereka bayar beribu2 utk study media masscom semua, tp bakat yg ada tak diketengahkan. so apa la point kita bawak course tu masok msia. balik2 org yg same je conquer, mcm ne nak maju.

Anonymous said...

hi...just wanna add sumthing je..i guess plakon malaysia perlu belajar care plakon indonesia berlakon..itu paling hampir la...tak pyh nak bandingkan malaysia ngn hollywood la..jauh sgt tu...aku rase yang penting plot cerita tu kne membuatkan penonton nak tgk lagi...lagi dan lagi..ade drama n filem melayu yang da smp 1 tahap yg boleh dbanggakan..cam sindarela,rona roni makaroni,los n faun..tu yang komedi...filem2 yasmin ahmad bagus juge..filem abg eizlan blakon cam CINTA..bagus..ade kelainan...cam SEPI..cerite2 yang camni patut lbh byk...dari cte yang lbh isu pasl ank owg kaye lupe daratan la..hantu itu hantu ini..kami penonton ingin sesuatu kelainan..tak nak bende yang same je...ok..filem n drama melayu tak sampah..tapi harus d perbaiki..tak pyah la wat filem nak kejar quantiti...yang lebih penting quality..

+s h a z h a + said...

saya hanya support drama & filem Malaysia sahaja.
saya tak tonton drama & filem dari luar malaysia.

doreen sutton / adorin ariff said...

hmmm..nk sgt bg pendapat psl drama melayu nih...doreen ni, dok london pun cter melayu gk yg doreen kejar kekek..xkira la kt youtube ke, tv3.com ke, tv9.com ke, ntv7.com ke, rtm.gov.my ke..janji smer cter melayu..

cter melayu ni ok jeh..kena la ngn selera..cuma, kdang2 ada yg xperlu ada dlm sesuatu babak tu...pendek kata, aksi tambahan yg mengarut la...dh byk dh doreen tgk, mcm2 ada...takat ni filem yg best doreen tgk, citer SEPI -Afdlin Shauki - PERFECT!!! tu my opinion la...

tp, ni psl drama, kn? doesn't matter film or drama, the main issue is the word MELAYU..

cm drama embun mutiara...syok gk la tgk cter tu..tp, ada satu babak yg merapu ckit ah..masa Awal Ashaari nk melamar Eira Syazira tu...nper mesti ada babak cm 'bertekak' ckit..kecoh2 jap, then tba2 melamar..aiyaaa..cacat la cter! (kalu ada tgk cter tu tau la kot..tu pun kalu abg ingt lg la)

istilah sampah tu...teruk sgt kot..bkn la sampah.. tp, masih mencari kesempurnaan...

lg satu..hal2 keagamaan..ni cter lama dh ni..dh lbih 15 thun dh..skrip org cina, kira produksi pn smer cina la nih..pelakon melayu + cina la gk..xyh la sbut nama pelakon (even mmg akan ingt smpi bla2)..suami isteri ada anak angkat lelaki..bila anak angkat lelaki dia ni nk nkah..mak ayah ni ckp kt anak angkat dia yg bapak dia xleh jdik 'wali' sbb anak dia anak angkat...sejak bila anak lelaki kna ada 'wali'? salah sapa? pelakon tu sndri xtau hal agama ni..pttnya, boleh bg pendapat la, btulkan skrip (dh mmg salah - kena btulkn - jgn main redah ajer!) sori, mmg isu sensitif..tp, shud not happen benda2 cmtu..

benda2 cm tu la yg merosakkan cter melayu nih...hmmm..ok, pjg lebar plak kekkekke...

salam

mika said...

sekarang nie bukak tv je drama indon...menyampahlah..setiap channel ade drama indon..ape kes? drama indon bknnye best sangat pon...banyak merapu je....melalut-lalut...buat episod panjang berjela-jela...untuk drama malaysia, adela nampak kemajuan sekarang nie...gambar dah lawa dah sekarang nie...opening cantik...tapi jalan cerite plak lebih kurang same...

Anonymous said...

salam..
pada pendapat saya, orang Malaysia ni telalu risaukan drama dari luar. setiap kali perbincangan mengenai kualiti drama atau mungkin lagu2 malaysia kurang dimainkan diradio, orang kita selalu ingin merujuk kepada negara lura. mahu menerangkan bahawa negara luar juga mempunyai hasil yang tidak baik.

namun, pada pendapat saya usahlah kita menundingkan jari di mana2 negara. pokok pangkalnya penerbit filem di malaysia ini sendiri yang perlu menyokong diri sendiri sayangi industri filem tanahair dengan menghasilkan filem2 atau drama yang lebih berkualiti. bukan asik2 drama yang menggambarkan keluarga kaya2 sahaja. keluarga korporat. perebutan harta.akhirnya msg tidak sampai. hanya gambar kemewahan sahaja..

Anonymous said...

rindu drama melayu terbitan hvd tahun dulu2...tiap2 mlm tv2 slot spektra or prima 2..jalan cerita x lmbab n kisah2 berlainan..ni baru jual cerita, tp zamam skrg drama jual pelakon..

zaidi said...

pada pandangan saya sebab drama melayu jadi tidak bermutu kerana penulis dan penerbitnya terlalu melebihkan aspek pulangan dari drama tersebut.

mereka dengan senangnya meniru apa jua konsep drama yang telah dibuat di negara lain yang rata-ratanya bersifat murahan tapi paling banyak disukai para penonton.

hasilnya, drama dan filem melayu kini tidak dapat membuka pemikiran khalayak melainkan suatu hiburan yang memualkan sahaja.

Abu Samah said...

Saya sokong ape yang tuan punye blog ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com

fadz said...

drama Melayu sedang berubah, malah "isi"nya sudah boleh dikatakan matang dna menarik. Kini cara teknikalnya perlu diubah. Pun begitu, atas pemerhatian, sudah banyak yg melepasi garisan "memuaskan", malah kebanyakan inti drama kita mmg sudah boleh dibanggakan.