Sunday 28 February 2010

2 ALAM : Kutipan Filem Melayu RM12M?

Dah agak lama aku tidak menampilkan isu2 yang berkaitan dengan industri seni tanahair, mungkin kerana aku kurang berminat dengan isu2 klise yang sering digembar gemburkan untuk menarik simpati, melonjakan populariti ataupun mempunyai agenda2 tertentu yang hanya diketahui atau difahami oleh individu2 yang terbabit tetapi isu yang satu ni betul2 dapat membuatkan aku tampil sekali lagi setelah sekian lama 'menyepikan diri' untuk memberi pandangan peribadi tentangnya...

Sambil aku makan nasi kari kambing kegemaran aku di restoran yang berdekatan dengan rumah, terpandanglah KOSMO! AHAD yang memang diletakan oleh tokey restoran buat tatapan pengunjung2 restorannya... Selak punya selak, terbacalah satu artikel yang agak BERANI yang telah dipaparkan tentang cita2 seorang penerbit filem yang masih baru di dalam industri seni tanahair yang mahu mencipta sejarah perfileman tanahair dengan kutipan RM12 JUTA!

Mula2 tu bila aku baca artikel tersebut, aku beranggapan bahawa dR. Rozmey (penerbit filem 2 ALAM) hanya bermimpi di siang hari kerana untuk mencapai kutipan setinggi itu adalah satu perkara yang mustahil tetapi yang sebenarnya apabila difikirkan semula, mungkin jugak beliau mampu untuk meraih kutipan setinggi itu memandangkan tiada perkara yang mustahil diatas muka bumi ini asalkan mendapat keizinan daripada ALLAH SWT... Aku perhatikan sejak kebelakangan ini, sudah semakin ramai peminat2 filem Melayu ke pawagam2 untuk memberikan sokongan kepada penerbit2 filem tempatan yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan filem2 tempatan yang bermutu untuk dijadikan sajian istimewa buat para penonton setia filem Melayu...

Menurut Datuk Dr. Romzey Che Din, beliau mempunyai resepi yang tersendiri untuk melonjakkan filem 2 ALAM untuk menjadikan impian atau target beliau bagi mencapai kutipan RM12M itu satu kenyataan dan apa yang aku rasa, kemungkinan besar dR. Romzey akan menggunakan populariti beliau untuk dijadikan sebagai di antara point yang penting untuk ke arah itu dan sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, diharapkan agar beliau bijak mengatur strategi agar tidak terkandas dipertengahan jalan kerana para penonton zaman sekarang amat bijak untuk menilai dan sentiasa tampil memberikan komen2 yang amat bernas sehinggakan ada diantaranya tidak terfikir oleh para pembikin filem itu sendiri...

Aku mengambil kira salah satu daripada filem Melayu yang telah berjaya melonjak sehingga mencecah kutipan hampir RM8M, satu kutipan yang suatu ketika dulu telah dianggap mustahil oleh orang2 yang tidak mahu untuk maju ke hadapan, mulut kata mahu tetapi usaha HAMPEH! Adnan Sempit adalah sebuah filem yang simple tetapi mengandungi unsur2 atau resepi yang diminati oleh para penonton yang beranggapan filem adalah salah satu daripada medium hiburan masakini tanpa perlu untuk memerah otak memikirkan tentang kesudahan jalan cerita sesebuah filem tersebut... Shaheizy Sam, hero filem Adnan Sempit yang sebelum ini hanya dikenali sebagai dramatis dan seorang pelakon yang sentiasa serius dan fokus dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau (pernah bekerjasama di dalam drama bersiri IMPAK MAKSIMA dengannya), telah berjaya menduduki 'tangga' teratas di dalam senarai para pelakon tanahair sebagai hero pelakon filem 'TERMAHAL'! Sekiranya ketentuan ALLAH SWT sudah begitu, maka begitulah jadinya dan aku sentiasa mengharapkan agar filem2 Melayu akan sentiasa segar di dalam menghadapi saingan yang semakin hebat daripada filem2 luar yang semakin banyak membanjiri di pawagam2 tanahair.

Jalan cerita yang menarik dan menghiburkan adalah di antara kunci penting di dalam pembikinan sesebuah filem selain daripada isu yang mahu dikupas dan dipaparkan di dalam filem tersebut dan selebihnya barulah diambil kira para pelakon yang sesuai untuk memikul tanggungjawab terhadap watak2 yang diamanahkan kepada mereka dan bukannya sekadar tangkap muat ataupun memikirkan tentang populariti seseorang bintang itu mampu untuk menarik penonton ke pawagam kerana zaman untuk bersandarkan hanya dengan populariti bintang sudah berlalu!

Kepada dR. Rozmey, tahniah di atas semangat juang dan keyakinan yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan kerana sekiranya kita tidak berkeyakinan dengan produk kita sendiri, siapa lagikan... Diharapkan agar filem beliau mampu untuk mencapai ke matlamat yang diimpikan dan sekiranya kecundang, diharapkan agar dR. Romzey jangan putus asa kerana 'perjuangan' sentiasa belum selesai selagi impian belum tercapai...

Buat saudaraku, pengarah jutawan AHMAD IDHAM, filem NIYANG RAPIK yang sedang ligat bermain di pawagam2 tanahair dan telah mendapat sambutan yang hangat dari para penonton setia filem2 Melayu, semoga berjaya dan diharapkan mampu untuk mencipta satu lagi sejarah baru di dalam dunia perfileman tanahair!

30 comments:

Lyn said...

Salam, Skrg filem melayu pun sudah ramai peminatnye.Sy juga adlh pelanggan setia panggung2 yg berdekatan.N dr research yg dpt sy simpulkan kat sini,sudah ramai penonton2 kita menonton cerita melayu dipawagam.Ditambah pula dgn jln cerita n mesej yg diketengahkan oleh pengarah2 kita sedia ada semakin bijak menambat hati para penonton..Tak mustahil sasaran yg ditarget Dr Rozmey menjd satu kenyataan.

aidil azhar said...

salam, walaupun 1st time rasanye buat filem, memang sgt berani buat sttment mcm tu.. bukan nk merendahkan atau tak percaya tapi secara logiknya memang agak sukar utk capai matlamat tu.. sedangkan filem2 yg hebat2 belaka pun x sampai pun kutipan mcm tu..
ibarat kita menegangkan getah (yg bulat tu), if terlebih tarik,.. putus juga.. biarlah bg jumlah yg logik..
anyway.. good luck 4 da filem..

Anonymous said...

hopefully berjaya la..
tapi jika di fikir secara logik memang x logik pulak..
all da best la..
aidil azhar

Anonymous said...

hopefully strateginya berjaya..
tapi jika di lihat dari segi logiknya, memang x logik pun ada..
apa2 pun good luck for da filem..
Aidil Azhar

blogmaster said...

xde la gempaq mane sbb gambr pompuan background poster cter nih pun dah ciplak cter luar.. 'The Exorcism'..
dah laa target kutipan 12m.. huhuh memalukan designer malaysia laa...

check this: http://img97.imageshack.us/img97/7493/2alam.jpg

anak murai said...

doktor ni bongkak lagi berlagak.dahlah poster ciplak....
pastu cakap finas ketinggalan dan cakap pilih bulu...belum diluluskan lagi filem dia,dia dah cakap tarikh kuar filem dia...bila tak kuar..marah orang pulak

Admin said...

tak mustahil pun ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

wancop said...

mentality org melayu.....mengaku kalah sblm mencuba...

MrShah53 said...

menarik2..hope filem mlayu tidak terus layu...

Anonymous said...

filem 2 alam itu satu cerita yang bagus sekali...saya baru habis menontonnya hari ini...ceritanya memang bagus...saya tidak berapa minat tengok filem melayu di panggung..bahkan filem melayu jarang mendorong saya untuk ke panggung wayang..tapi untuk filem 2 alam ini kelihatan berbeza sedikit ...dari tajuknya sahaja sudah membuatkan saya terdorong menonton filem tersebut..ternyata saya tidak hampa bila menonton filem tersebut,...syabas kepada yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut..saya bagi 5 bintang..ini adalah filem melayu yang terbaik pernah saya lihat..

Anonymous said...

salam...sy baru lepas tonton filem 2 alam..hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..u knoe wut dis mean.. =p

Anonymous said...

i br lpas tonton 2 Alam...hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.... kalian pasti fhm maksud saya..=P

Anonymous said...

aku dah tengok cter 2 alam, macam gampang je.. filem santau, mantra, senario lagi berbaloi nak tgok..

Hero said...

x abih2 ngan isu wahabi.

jauhi org yg mcm ni, menuduh, melabel org lain, kemungkinan mrk lah sbnrnya yg nak menjahanamkan umat

nadzirah razalli said...

orang sekarang suka menjatuhkan orang lain dan tak suka tengok kejayaan orang.biasa lah orang2 kita tapi tak semua ye.haha - kuat dengki.tu yang macam2 jadi tu ..

Anonymous said...

salam..gualine dekat semalm tgk cite skyline dekat bremmall .masa tengah tunggu tu gua tanya lah yang
jaga pintu sebelum masuk.bro tu cakap "bang jgn tengok kalau tgk menyesal..."gua pun tanya berapa ramai yang tgk..bro tu kata paling ramai 14 org...hahahhaha...tu pun bila keluar kata menyesal...cite mcm drama kat tv1...kalau tv3 ok lagi..ni tv1 punyer standard

nash ahmad said...

Sesuai dgn OSD 2 Alam..Andai ku tahu.. mmg kita x tahu sbb DIA yg Maha mengetahui.. jodoh pertemuan, ajal maut termasuk rezeki semuanya tergantung padaNYA.. perancangan sebesar manapun, sebijak sestrategik mana pun belum tentu dapat menandingi ketentuan kecil DIA. oleh itu jangan kita merasakan kita terlalu hebat dari orang lain, jangan terlalu tinggi angan2.. berpijaklah dibumi yang nyata!

ston_kol said...

Bukan nak jatuhkan dia...
Tapi bila poster yang dah nampak menyeramkan, tiba² ada plak gambar dia kat situ.Dah jadik "spoil".Orang putih pun buat citer tak letak gamba diorang kat situ.Nama cukuplah.

Anonymous said...

hmmm..2 alam ni pemusnah industri filem malaysia..syok sendiri...

Anonymous said...

Saya rasa 2alam ni mmg boleh menang award. Tapi kena untuk kategori terbaru iaitu "Filem Paling Teruk" dalam sejarah. Sebagai peminat filem Melayu, 2 orang sahaja yang berjaya membusukkan nama industri perfileman negara iaitu dR Rozmey dan Prof Madya Abdul Razak. Tahniah diucapkan kepada mereka!

neo said...

Anonymous 18 November 2010 15:01 ialah seorang yang . HAHAHAH...




anyway, lps baca ni, klik sini konfirm xnk tengok muvi ni.


Abg eizlan, when can i see ur acting lg? long time no see la.

Btw, nk tgk abg iezlan blakon dlm filem thriller pembunuhan pulak.

hope i got da chance to see.

all da best

=)

Anonymous said...

orang komen negatif tu bukan sebab dengki... tapi kenyataan, ni juga sikap orang melayu, tak tahan terima kritikan! filem ni indah khabar dari rupa... orang komen supaya lain kali bila nak buat filem biar lah berkualiti! dan satu lagi biar ikut resmi padi, makin tuduk makin berisi atau diam ubi makin diam makin berisi bukan seperti ayam, telur sebiji riuh sekampung....

Ezrin Jamil said...

bukan nak menjatuhkan bangsa atau industri filem melayu, tapi saya dah tengok filem nie. memang filem paling sampah pernah saya tonton. tak logik, jalan cerita yang amat ringkas, takde kupasan isu dengan mendalam, skrip murahan, muzik tanpa dialog yang berulang-ulang. tapi ini bagi pendapat peribadi saya. kot ada sesape yang marah, harap maaf :)

Anonymous said...

hurmm....camne melayu nak maju....baru kelua sikit statement cmni pun da kene tempelak kaw2...kalau sape rase dia melayu, mintak2 ade la rasa sedikit simpati dengan anak bangsa sendiri....x malu ke dengan kaum dan bangsa lain....sentiasa memajukan bangsa sendiri...BERBEZA SANGAT dengan bangsa kita..sedihnyeee....

Anonymous said...

nak tercirit rasenye tgk cite ni..hak2..cam gampang..

malangkronik said...

baru belajar berlari.. jangan la terus nak masuk sukan olimpik.. pandang juga la orang lama dalam dunia perfileman..

Anonymous said...

gila... tak sedar diri ... 10 tahun lepas kami nak bantu filem melayu tengok le filem "Mendam Berahi" - menyesal seumur hidup.. kami pun taubat konon2 nak bantu industri filem melayu tengok pulak filem DR.. ni " 2 mayat Perasan " kali mat serik gilers.. Dr. Tolong le taubat kami ni kaki wayang sejak Bujang, tak Perasan macam U , komen pandai Habuk pun tarak.. tapi i bagi U 0.000000001 bintang. ha..ha. pecah pangung tengok Dr Giler..

Faz Fazrin said...

ni bukan kes maju tak maju.

gampang tetap gampang.

dia ingat guna ppuan seksi leh dapat 12 juta,kuang2... hari2 kuar paper 12m, hak tuih

Unknown said...

ha ha ha..

Unknown said...

Tak faham dengan jalan ceritanya,dialog dalam filem ni pun boleh dikira dengan jari,kalau ditangan pengarah Ahmad Idham mesti marvellous citer ini.Sayangnya pelakon Faizal Hussien dan Sabree Fadzill cuma muncul sekejap dan tiada dialog.Suhailah salam sebagai Amy pun asyik menangis sepanjang cerita,cuma mengeksplotasikan tubuh badan.