Thursday 20 August 2009

Kronisme Di Dalam Industri Seni Tanahair...

Sebenar malas nak bercerita sangat tentang topik di atas ni tetapi apabila terlalu kerap ditanya oleh orang2 yang bukan dari industri aku, terfikirlah jugak nak berkongsi dengan kengkawan tentang apa yang sebenarnya yang telah dan sedang berlaku di dalam industri...

Soalan yang selalu diajukan kepada aku, kenapa bila orang ni buat drama atau filem, hanya orang yang terpilih dikalangan kengkawan mereka aje yang dapat berlakon bersama dan bukannya sekali dua ataupun secara kebetulan, boleh kata hampir kesemua projek2 yang mereka jalankan...

Kalau nak diikutkan, KRONISME adalah salah satu cabang yang MEMUSNAHKAN industri kerana sekiranya berterusan, ianya akan mengakibatkan orang2 industri itu sendiri akan kerugian apabila para penonton sentiasa disajikan dengan muka2 yang itu sahaja dan seolah olah hanya yang itu2 sahaja yang wujud di dalam industri tanahair yang mana akan menyebabkan orang yang menonton akan bosan kerana para penonton sekarang sudah advanced dan sentiasa mahukan KELAINAN dan sesuatu yang SEGAR di dalam indsutri seni tanahair...

Alasan2 yang biasa aku dengar adalah seperti 'lebih senang bekerja dengan orang2 itu sahaja sebab dah kenal ataupun dah biasa bekerjasama' tetapi sekiranya tidak diberikan peluang kepada orang2 lain, macam mana mereka boleh tahu yang mungkin mereka boleh ataupun tidak bekerja dengan orang2 baru kan...

Sepatutnya mereka mestilah mengamalkan sikap yang lebih TERBUKA dan PROFESSIONAL di dalam PEMILIHAN dan PENGAMBILAN tenaga kerja supaya ianya akan dapat memberikan nafas yang baru di dalam industri dan juga akan mewujudkan satu persaingan yang sihat di antara satu sama lain bagi membuktikan bahawa mereka layak untuk bergelar yang terbaik di antara yang terbaik tetapi situasi ini tidak berlaku sekarang ini yang mana bila kita lihat, lepas orang itu, orang itu lagi akan ke pentas untuk menerima pengiktirafan seolah olah hanya segelintir sahaja yang bagus kononnya (kerana kurang saingan) dan yang selebihnya hanya dianggap sebagai SAMPAH di dalam industri itu sendiri dan sepatutnya pemilihan pelakon2 mestilah mengikut kesesuaian untuk memegang sesuatu watak dan bukannya kerana 'kau kawan aku, kau ambiklah watak yang mana kau suka'...

Industri kita sebenarnya telah berjaya melahirkan ramai anak2 wayang yang bagus2 cuma apabila tidak diberikan peluang maka mereka ini akan TENGGELAM dan akan HILANG dari persada seni tanahair dan akhirnya tinggallah beberapa kerat aje yang bernasib baik untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam industri sehinggalah para penonton akan jelak dan muak menonton muka2 itu sahaja dan akhirnya tetap akan menerima nasib yang sama apabila tidak mendapat sambutan dan akan dipinggirkan jua akhirnya oleh orang2 yang sentiasa mengambil kesempatan keatas populariti seseorang selebriti itu...

Wednesday 27 May 2009

Kata TIDAK Kepada Chin Peng!

Menyentuh tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke pangkuan rakyat Malaysia, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertegas bahawa tiada tempat baginya lagi disini adalah satu keputusan yang wajar diberikan pujian dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Malaysia...

Aku memandang dari sudut sensitiviti masyarakat Malaysia yang mana dengan kepulangan Chin Peng nanti akan hanya mengeruhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil berat tentang perasaan keluarga 50,000 anggota keselamatan negara yang gugur semasa memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) dulu, pastinya akan terguris kerana dengan secara tidak langsung, pengorbanan mereka akan sia-sia sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia dan ini belum lagi dikira perasaan keluarga mangsa-mangsa kekejaman PKM dikalangan rakyat jelata pada masa itu...

Itu belum lagi kita pandang dari sudut ideologi konumisme yang akan dibawa pulang oleh Chin Peng yang mana berkemungkinan ianya akan menular kembali ke dalam masyarakat dan negara dan akhirnya nanti akan menimbulkan suasana tegang dan huru hara dan niatnya untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa hidupnya disini adalah satu permintaan yang tidak boleh di terima akal setelah apa yang telah diperlakukannya kepada rakyat dan negara juga hasrat yang sebenarnya, hanya dia dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya...

Aku amat bersetuju dengan pendirian Menteri Pertahanan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan apa-apa kepada rakyat dan negara sebaliknya mungkin akan menyusahkan dan merugikan kita kelak!

Sunday 10 May 2009

Sampah Ke Drama Melayu?

Aku terpanggil untuk memberi pandangan tentang tajuk ini setelah menonton FENOMENA SENI yang dihoskan oleh Aktor Rosyam Nor pada Jumaat yang lepas yang membincangkan tentang DOMINASI drama2 luar yang kebelakangan ini telah membanjiri TV tempatan sehingga secara tidak langsungnya telah menjejaskan kredibiliti produk tempatan dan telah dijadikan PERBANDINGAN oleh segelintir penonton dan akhirnya drama tempatan dipandang sebagai SAMPAH...

Di mana salahnya sekiranya drama2 terbitan tempatan tidak mencapai ke satu kualiti yang boleh dianggap berjaya dan menepati selera para penonton?

Soal tiada atau kekurangan budget yang telah diperuntukan bagi sesuatu drama itu bukanlah satu ukuran yang sebenarnya sehingga menjejaskan kualiti walaupun ianya juga memainkan peranan yang agak besar dalam pembikinan sesuatu drama...

Sekiranya di pandang kepada kemungkinan besar ketidakperihatinan para penerbit di dalam pemilihan artis2 yang sesuai untuk sesuatu watak di dalam drama mereka juga tidak boleh dijadikan pengukur untuk kejayaan sesuatu drama tersebut dan bagi aku, para pelakon akan dapat merealisasikan watak2 yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka sekiranya mereka dihidangkan skrip yang mempunyai kekuatan jalan cerita dan watak yang bersesuaian dengan seseorang pelakon tersebut.

Kita seharusnya sedar bahawa drama2 luar yang telah dibawa masuk ke dalam negara kita adalah diantara drama2 terbaik yang terdapat di negara mereka dan dipasarkan ke luar negara bagi tujuan perdagangan tetapi sedar tak kita bahawa di negara mereka pun mempunyai drama2 yang kurang berkualiti dan ada kalanya lebih teruk daripada drama tempatan yang dianggap sebagai SAMPAH oleh segelintir penonton kita...

Cuba bayangkan kalau kita mengekspot drama kita ke luar negara, sudah pasti kita akan membuat pemilihan dan menghantar di antara drama2 yang terbaik buat mereka dan semestinya di negara mereka juga akan timbul persoalan bahawa drama2 mereka tidak setanding dengan drama2 dari luar, seperkara lagi, drama2 luar yang ditayangkan di TV kita adalah drama2 2nd hand yang sudah terbukti 'kejayaannya' dan telah mendapat tempat dihati para penonton mereka dan ini akan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk memasarkan drama2 mereka ke negara lain seperti Malaysia.

Adalah tidak wajar bagi segelintir penonton yang membezakan drama2 kita yang segar dan masih belum ditayangkan dengan drama2 luar yang sudah terbukti keberkesanannya dan sepatutnya kita mesti memandang secara keseluruhan industri kita dan industri luar kalau mahu dibuat perbandingan dan perlu kita melihat dari semua sudut.

Aku juga tidak menafikan yang terdapatnya drama2 tempatan yang rendah mutunya dan yang paling membimbangkan adalah kuantitinya yang agak besar dan di antara jalan penyelesaian yang terbaik sebenarnya terdapat di dalam tangan pihak stesen TV yang sewajarnya mengetatkan peraturan2 mereka sebelum membuat sebarang pembelian sesuatu drama tersebut dan seharusnya mereka bertegas dari peringkat akar umbinya lagi iaitu di peringkat pemilihan skrip bagi mengekang lambakan drama2 yang kebanyakannya tidak melepasi specification yang telah ditetapkan...

Sunday 5 April 2009

Akademi Fantasia 7 PANAS!

Aku baru terbaca komen di http://minahkepochi.blogspot.com/ tentang Kak Fatti (Fatimah Abu Bakar) yang telah bangun dari kerusinya semasa sedang berlangsungnya konsert ke4 Akademi Fantasia untuk 'MEMBERIKAN SOKONGAN' kepada pelajar2 Akademi Fantasia 7 yang tidak habis2 dikritik oleh para pengkritik yang telah dilantik oleh pihak Astro.

Aku mengenali Kak Fatti sebagai seorang tenaga pengajar di dalam bidang LAKONAN dan MOTIVASI yang bagus dan sememangnya beliau adalah seorang pengajar yang mempunyai sifat2 KEIBUAN dan aku rasa dengan sifat2 semulajadi yang ada di dalam dirinya ini yang telah MENDORONG beliau untuk tampil ke depan MENYOKONG dan meminta para pengkritik untuk memberikan sedikit ruang dan 'nafas' kepada anak2 didiknya dan dengan ini, aku tidaklah terkejut apabila berlakunya perkara2 sebegini yang melibatkan kak Fatti kerana itu adalah pandangan dan hak beliau untuk memperkatakan sesuatu tentang anak2 didiknya.

Pada masa yang sama, aku tidak boleh menuding jari kepada para pengkritik menyalahkan mereka dengan apa yang sudah berlaku kerana apa yang dikomen oleh mereka terhadap pelajar2 Akademi Fantasia adalah benar belaka menerusi pengamatan aku sendiri menyaksikan persembahan mereka sejak dari konsert yang pertama lagi... Kebanyakan daripada mereka ini merasakan bahawa mereka sudah berada di puncak kejayaan sebagai seorang pelajar AF dan masing2 telah menunjukkan perangai2 yang kurang elok yang mana akhirnya akan menyebabkan mereka tidak disukai oleh para pengundi yang akan mengakibatkan mereka akan TRKELUAR di peringkat saringan ini.

Sikap berpuak-puak, kata mengata, terlalu emosional dan bermacam macam lagi kerenah yang telah ditunjukkan oleh mereka kepada para penonton yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka dari masa ke semasa telah menimbulkan satu situasi yang kurang sihat buat diri mereka sendiri dan juga kepada penganjur AF yang mana mereka sepatutnya mengambil peluang ini untuk menimba sebanyak ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar yang berkaliber untuk dijadikan BEKALAN apa sudah keluar dari AF kelak dan namanya pun PELAJAR AKADEMI FANTASIA, tumpukanlah perhatian kamu semua kepada pembelajaran dan bukannya selain daripada itu.

Adlin Aman Ramli adalah diantara para pengkritik yang jujur di dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang pengkritik yang sentiasa memberikan komen2 yang bernas dan ikhlas (walaupun ada kalanya PEDAS tetapi aku boleh terima kerana memang betul pun dengan apa yang dikatakannya) berdasarkan persembahan pelajar2 setiap minggu, sepatutnya dipandang dan diambil oleh pelajar2 sebagai satu komen yang membina dan gunakan ia sebagai satu kata2 semangat untuk memperbaiki kelemahan2 yang terdapat di dalam diri dan persembahan mereka di masa yang akan datang.

Bukan mahu menyokong sesiapa cuma pada pandangan aku, HAFIZ dan ISMA mempunyai karisma mereka yang tersendiri selain daripada kualiti vokal yang baik dan juga mampu untuk memberikan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan dan sewajarnyalah mereka ini boleh melangkah sehingga ke peringkat akhir AF dan diharapkan agar mereka akan mendapat tempat dihati para pengundi bagi menempah tiket ke FINAL nanti.

Thursday 26 March 2009

Musim Ke7 Akademi Fantasia

Akademi Fantasia 7 akan memasuki persembahan minggu yang ke3 di mana kita akan dapat menyaksikan siapakah yang bakal meninggalkan lantai persembahan yang menjadi platform buat anak2 muda ini untuk mempamerkan kelebihan dan kekuatan masing2 untuk bergelar JUARA AF7 setelah kita menyaksikan Nas Adila Mohd Dan aka ADILA dari Johor Bharu yang juga merupakan artis rakaman terpaksa melupakan perjuangannya di dalam AF7 setelah mendapat undian yang terendah pada minggu lepas.

Dengan adanya program sebegini secara tidak langsung akan dapat memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai keinginan dan semangat yang berkobar-kobar untuk bergelar SELEBRITI, mempersembahan bakat yang terpendam atau terendam selama ini dan secara langsung, mengharapkan agar kehadiran mereka di dalam industri seni tanahair akan mendapat perhatian dan 'restu' daripada masyarakat.

Bagi aku, AF7 ini telah berjaya di peringkat pemilihan bakal pelajar kerana sebahagian besar daripada mereka sememangnya mempunyai bakat dari segi vokal (tahniah para juri) cuma apa yang aku kurang senangi, apabila terdapatnya segelintir daripada mereka ini yang sudah merasakan bahawa mereka sudah bagus apabila berjaya terpilih sebagai PELAJAR AF7 dan tdak kurang juga ada yang terlalu EMOTIONAL apabila menghadapi situasi2 sukar semasa dalam tempoh pembelajaran di dalam AF.

Memenangi hati para penonton untuk mengundi mereka adalah agenda yang sebenarnya di dalam pertandingan sebegini dan bukan hanya dengan kekuatan vokal sahaja sudah cukup memadai untuk meraih undi kerana mesti difahami, AKADEMI FANTASIA bukanlah satu tempat untuk hanya beradu KEKUATAN dan KEHEBATAN vokal masing2 tetapi juga merangkumi tingkah laku, keperibadian dan pergaulan para pelajar yang sentiasa menjadi tontonan para pengundi untuk menentukan siapakah yang sebenarnya layak untuk menang dan sebagai contohnya, MAWI yang sering melakukan kesilapan dulu pun mampu untuk bergelar JUARA AF kerana AURA dan KEPERIBADIAN beliau yang tidak ada pada para pelajar saingannya pada masa itu.

Buat sesiapa sahaja yang mahu mengejar impian untuk bergelar SELEBRITI, sebenarnya tanggungjawab sebagai PUBLIC FIGURE adalah suatu perkara yang berat dan tanpa disedari, sebahagian daripada hidup para selebriti adalah KEPUNYAAN masyarakat dan setiap langkah kita akan diperhatikan dan tidak kurang pula ada yang tidak menyenangi akan kehadiran kita di dalam industri ini yang sentiasa menunggu peluang untuk MENJATUHKAN kita apabila tersalah langkah yang kita ambil.

Kekuatan dalaman dan luaran sebagai seorang selebriti mestilah selari agar kita mampu untuk menjadi seorang selebriti yang dihormati, disegani dan berkekalan untuk suatu jangkamasa yang lama dan tidak hanya sekadar MELEPASKAN BATUK DI TANGGA SAHAJA.

Saturday 14 March 2009

Tiara Jacquelina OK!

Apabila diumumkan sahaja nama Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Pengetua Akademi Fantasia yang ke7, pelbagai reaksi daripada luar telah didengari, ada yang setuju dan ada jugak yang merasakan Tiara TIDAK SESUAI LANGSUNG untuk memegang jawatan terpenting tersebut.

Sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada orang yang LEBIH BERPENGALAMAN kalau mahu dibandingkan dengan Datin Seri yang dikatakan TIDAK BEGITU MENONJOL & TIDAK BEGITU BERKARISMA untuk bergelar sebagai Pengetua AF.

Pada pandangan aku, mungkin Datin Seri kurang berpengalaman kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama besar yang termasuk di dalam senarai pendek pemilihan untuk jawatan Pengetua tetapi beliau mempunyai KREDIBILITI & KELEBIHANNYA yang tersendiri yang tidak ada pada calon2 yang lain dan aku rasa beliau mampu untuk memikul tanggungjawab berat itu walaupun mendapat kritikan hebat dari berbagai sudut.

Mungkin jugak timbulnya isu sebegini kerana ada yang IRI HATI atau pun tidak suka dengan diri Datin Seri sendiri dan terus menghukum Datin Seri tanpa menjalani dulu proses 'PERBICARAAN' dan pemilihan calon2 untuk memegang jawatan Pengetua AF ini pastinya telah dijalankan dengan teliti oleh PARA JURI yang telah diberikan kepercayaan dan yang telah diamanahkan oleh pihak ASTRO untuk memilih siapa yang benar2 layak untuk menduduki KERUSI PANAS tersebut.


Bukannya aku mahu menyebelahi Datin Seri kerana aku mengenali beliau sebagai seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang baik tetapi seharusnya kita berilah peluang dan ruang kepada Datin Seri untuk membuktikan yang beliau SEMEMANGNYA layak untuk bergelar Pengetua AF7 ini dan janganlah terlalu MENGHENTAM dan memberikan KRITIKAN PEDAS kerana ianya baru nak bermula dan kepada Datin Seri Tiara Jacquelina, GOOD LUCK!

Tuesday 10 March 2009

Harta Pusaka Bawa Bencana?

Aku terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada salah seorang sahabat aku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah ayah beliau yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia... Perebutan di antara mereka adik beradik telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.

Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?

Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.


Bagi aku, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.

Thursday 5 March 2009

Gajah Bertarung, Kancil Mati Tersepit...

Kemelut politik di Perak masih berlanjutan sehingga ke hari ini tanpa menampakkan tanda2 pemulihan dalam jangkamasa terdekat yang mana ini akan menyebabkan ketidakstabilan dari segi pengurusan negeri, ekonomi dan perbalahan yang tidak berkesudahan...

Barisan Nasional yang berjaya 'merampas' kembali negeri Perak daripada Pakatan Rakyat yang mana situasi ini telah mencetuskan satu pertembungan yang tidak sihat di antara 2 parti politik ini yang akan berpanjangan dan akan menyebabkan rakyat negeri Perak berada di dalam situasi yang tidak selesa dan membimbangkan... Kepimpinan baru negeri Perak akan sentiasa diganggu gugat oleh parti yang satu lagi dan ini akan menimbulkan kesukaran didalam melaksanakan tugas2 pentadbiran negeri dan kelancaran di dalam tugas2 kemasyarakatan dan kebajikan rakyat2 negeri Perak...

Kedua-dua parti haruslah mencari satu pendekatan yang positif bagi menyelesaikan permasalahan di antara mereka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri Perak dengan mengenepikan kepentingan diri sendiri dan parti kerana kedudukan parti yang memerintah sekarang ini telah diperkenankan oleh Sultan Perak, yang mana titah Baginda tidak perlu dan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak yang satu lagi... Seharusnya pihak yang satu lagi, menyusun strategi untuk masa yang akan datang supaya permasalahan dalaman parti tidak berlaku lagi sehingga menyebabkan ada di antara ahli2 parti tersebut bertindak keluar parti dan menyebabkan parti itu hilang kedudukan mereka di dalam tampuk pemerintahan negeri kerana permasalahan yang sebenarnya berlaku, pada pandangan aku, adalah dari dalam parti itu sendiri...

Tuesday 3 March 2009

Kerja Selesai Gaji Lebur...

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang meninggalkan penipuan yang merupakan suatu kebathilan, nescaya dibinakan (istana) untuknya di persekitaran syurga ; sesiapa yang meninggalkan perbalahan sedangkan dia berada di pihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya di pertengahan syurga ; sesiapa yang mengelokkan akhlaknya, dibinakan untuknya di tempat tertinggi di dalam syurga (Riwayat al-Tarmizi).

Bercakap tentang kerja dah selesai tetapi tidak dibayar sudah menjadi satu 'penyakit' yang telah menjadi BARAH sejak dari dulu lagi di dalam industri seni tanahair... Aku ni sebagai contoh, sudah beberapa kali dipermainkan oleh penerbit2 yang kononnya gah dengan pencapaian dan kedudukan mereka yang kukuh di dalam industri tetapi mempunyai satu tabiat yang menyakitkan hati, LIAT NAK BAYAR GAJI ORANG ATAUPUN TAK BAYAR LANGSUNG!

Kalaulah dihimpunkan gaji aku yang dia orang ni tak bayar, mencecahlah jugak sehingga ke 5 angka tetapi apakan daya aku bila berhadapan dengan orang2 yang bongkak sebegini, ibaratkan timun nak berlawan dengan durian, seolah-olah industri ni dia orang yang punya dan dia oranglah yang berkuasa... Bayangkan di akhirat nanti, DIA ORANG NI AKAN MEMIKUL SEMUA HUTANG2 MEREKA TU KE SANA KE MARI UNTUK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA YANG EMPUNYA HAK!

Walaupun hanya beberapa kerat sahaja penerbit yang mempunyai tabiat buruk ni tetapi secara tidak langsung ianya akan mencemar nama baik yang lain2 dan juga suatu perkara yang tidak sihat kepada pertumbuhan industri... Yang aku tak faham dengan dia orang ni, bila terserempak dengan kita, dia orang boleh buat muka macam takde apa2 yang berlaku dan aku ni pulak bukan jenis yang suka nak memalukan orang dikhalayak ramai...

Syarikat produksi ibaratkan cendawan tumbuh tetapi banyak jugak syarikat2 yang terpaksa gulung tikar akibat daripada aku sendiri pun tak tahu kenapa dan ada jugak syarikat produksi yang memang terkenal dengan 'penyakit' tak bayar gaji pekerja yang jatuh merundum dan mungkin jugak jatuh akibat daripada 'sumpahan' dari orang2 yang teraniaya dan sememangnya di antara doa2 yang insya'allah akan dikabulkan permintaan mereka adalah dari golongan orang2 yang teraniaya, sendiri mahu ingatlah! Bukannya mahu menghentam sesiapa (siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya) tetapi kenyataan dan hanya mahu meluahkan perasaan kesal dan tidak puas hati kepada golongan manusia yang macam ni pasal baru2 ni, aku terkena lagi tetapi takpelah, aku berserah saja kepada Yang Maha Kuasa untuk mengadili dan mungkin jugak ALLAH SWT mahu menganugerahkan kepada aku rezeki yang lebih luas dan besar dan didugaNya aku dengan manusia2 yang tidak berhati perut macam dia orang ni.

Saturday 28 February 2009

TOL Naik Rakyat Sengsara...

Apabila aku terbaca berita pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed tentang kenaikan harga TOL di beberapa tempat, mengeluh panjang aku dibuatnya sebab dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ni, bukanlah satu keputusan yang wajar untuk dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan... Berkemungkinan, memang sudah ada perjanjian di antara pihak Kerajaan dan pihak pemegang konsesi lebuhraya berkenaan tetapi sekarang ni bukanlah masa yang betul2 sesuai untuk menaikan kadar TOL sedia ada memandangkan tindakan itu akan hanya mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna TOL2 tersebut dan ianya akan membebankan pengguna2 apabila terpaksa berbelanja lebih sedangkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita amatlah dituntut supaya berjimat cermat agar tidak tersepit di dalam situasi ekonomi yang sedang tidak stabil sekarang ini... Aku amatlah berharap agar kepimpinan sedia ada sekarang ini mampu untuk menangani permasalahan ini agar kebajikan rakyat akan terbela dalam mengharungi kemelut ekonomi negara...

Ada kemungkinan jugak yang pihak pemegang konsesi akan bertegas untuk menaikan jugak harga TOL sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat dulu dan sekiranya ini berlaku, pihak Kerajaan secara tidak langsung akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan rakyat yang tidak puas hati dengan kenaikan tersebut dan dibimbangkan akan mencetus suasana yang tidak baik kelak... Pihak Kerajaan mestilah tampil dengan satu mekanisma yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan 'bakal masalah' ini...
Harga minyak yang telah dinaikkan dulu, telah menimbulkan suasana tegang di antara rakyat dan Kerajaan sehinggalah isu tersebut telah diguna pakai oleh parti pembangkang yang akhirnya telah mendapat sambutan daripada rakyat tetapi harga minyak dapat juga diturunkan oleh pihak Kerajaan hasil daripada penurunan harga komoditi tersebut di pasaran dunia (menunjukkan Kerajaan mampu untuk menangani masalah yang lebih besar) dan kalau mahu dibandingkan dengan 'bakal masalah' ini tidaklah sehebat masalah minyak ini kerana ianya masih boleh dibawa berbincang oleh kedua-dua belah pihak ini kerana ianya tidak melibatkan sesuatu yang bergantung kepada pasaran dunia seperti minyak itu tadi kerana ianya melibatkan perjanjian domestik di antara pihak Kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya tersebut...

Saturday 21 February 2009

SULTAN PERAK : Pudarnya Kesetiaan...


RUKUNEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Teringat aku masa zaman sekolah rendah dulu yang mana Rukunegara amatlah ditekankan oleh para guru kepada anak2 murid mereka termasuklah aku yang pada masa itu taklah faham sangat akan fungsi2 Rukunegara ni (telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 31hb Ogos 1970 sempena Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke13) kepada diri sendiri, masyarakat Malaysia berbilang kaum, berbagai kepercayaan dan adat resam dan juga kepada negara yang tercinta ini.

Kemelut politik yang sedang melanda negeri Perak sekarang ni yang telah membabitkan Sultan Perak di dalam permasalahan perebutan kuasa di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk memerintah negeri Perak telah 'membuka luas' mata aku akan betapa pentingnya bagi kita untuk menghayati erti sebenar Rukunegara ini dan bukannya hanya sekadar luahan kata2 sahaja tanpa disertakan dengan keikhlasan hati... KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA nampaknya sekarang ini hanyalah tinggal sebagai salah satu daripada kata2 yang terdapat di dalam Rukunegara yang tidak lagi membawa apa2 erti kepada segelintir manusia yang menggelarkan diri sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi yang bertuah ini, hanya kerana mahu berkuasa dan demi untuk memenuhi nafsu dan kehendak diri sendiri dan juga kemahuan orang2 yang berkepentingan, sanggup untuk menderhaka kepada Raja yang selama ini menjadi 'payung' kepada tanah Malaysia yang tercinta ini dan yang paling menyedihkan apabila ada segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka anak Melayu sendiri secara terang terangan telah menderhaka kepada Raja yang tercinta dan ini secara tidak langsung akan membuatkan bangsa2 lain akan terfikir bahawa gelaran Raja itu hanyalah satu gelaran yang telah diwarisi turun temurun tanpa membawa apa2 erti...

Aku bukanlah nak masuk campur dalam hal2 politik ini cuma aku tak suka apabila institusi Raja-Raja diperbudak budakkan oleh segelintir manusia yang tidak tahu menghormati dan tidak sedar diri yang sebenarnya mereka sedang berpijak di bumi yang sentiasa menyanjung dan memandang tinggi akan kedudukan Raja-Raja Tanah Melayu ini sehinggakan ada yang berani mahu mengheret Raja Perak ke muka pengadilan hanya kerana tidak puas hati dengan campurtangan Baginda menyerahkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada parti yang satu lagi yang mana apa yang aku nampak ianya sebagai satu penghinaan kepada institusi Raja-Raja Melayu... Kepada anak2 Melayu yang sudah terlanjur menentang Raja Perak diharapkan agar mereka segera sedar bahawa tindakan mereka ini akan mengundang padah kepada bangsa dan negara, janganlah bila dah terhantuk barulah nak mengadah... Kepada orang2 bukan Melayu yang cuba untuk mempermainkan dan memandang rendah akan kedudukan Raja-Raja Melayu, sarang tebuan janganlah di jolok kerana kelak akan membawa padah kepada diri mereka sendiri...

Sepatutnya kita, rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ni mestilah bersatu padu untuk sama2 membangunkan negara kita yang tercinta dan aman ini dan bukannya menimbulkan suasana tegang yang mungkin akan membawa kepada kemusnahan diri sendiri, keluarga, bangsa dan negara... Kita akan dihormati sekiranya kita tahu untuk menghormati orang lain dan akhir sekali, kepada Raja Perak yang patik hormati dan sanjungi, DAULAT TUANKU!