Tuesday 3 March 2009

Kerja Selesai Gaji Lebur...

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda : Sesiapa yang meninggalkan penipuan yang merupakan suatu kebathilan, nescaya dibinakan (istana) untuknya di persekitaran syurga ; sesiapa yang meninggalkan perbalahan sedangkan dia berada di pihak yang benar, nescaya dibinakan untuknya di pertengahan syurga ; sesiapa yang mengelokkan akhlaknya, dibinakan untuknya di tempat tertinggi di dalam syurga (Riwayat al-Tarmizi).

Bercakap tentang kerja dah selesai tetapi tidak dibayar sudah menjadi satu 'penyakit' yang telah menjadi BARAH sejak dari dulu lagi di dalam industri seni tanahair... Aku ni sebagai contoh, sudah beberapa kali dipermainkan oleh penerbit2 yang kononnya gah dengan pencapaian dan kedudukan mereka yang kukuh di dalam industri tetapi mempunyai satu tabiat yang menyakitkan hati, LIAT NAK BAYAR GAJI ORANG ATAUPUN TAK BAYAR LANGSUNG!

Kalaulah dihimpunkan gaji aku yang dia orang ni tak bayar, mencecahlah jugak sehingga ke 5 angka tetapi apakan daya aku bila berhadapan dengan orang2 yang bongkak sebegini, ibaratkan timun nak berlawan dengan durian, seolah-olah industri ni dia orang yang punya dan dia oranglah yang berkuasa... Bayangkan di akhirat nanti, DIA ORANG NI AKAN MEMIKUL SEMUA HUTANG2 MEREKA TU KE SANA KE MARI UNTUK DISERAHKAN KEMBALI KEPADA YANG EMPUNYA HAK!

Walaupun hanya beberapa kerat sahaja penerbit yang mempunyai tabiat buruk ni tetapi secara tidak langsung ianya akan mencemar nama baik yang lain2 dan juga suatu perkara yang tidak sihat kepada pertumbuhan industri... Yang aku tak faham dengan dia orang ni, bila terserempak dengan kita, dia orang boleh buat muka macam takde apa2 yang berlaku dan aku ni pulak bukan jenis yang suka nak memalukan orang dikhalayak ramai...

Syarikat produksi ibaratkan cendawan tumbuh tetapi banyak jugak syarikat2 yang terpaksa gulung tikar akibat daripada aku sendiri pun tak tahu kenapa dan ada jugak syarikat produksi yang memang terkenal dengan 'penyakit' tak bayar gaji pekerja yang jatuh merundum dan mungkin jugak jatuh akibat daripada 'sumpahan' dari orang2 yang teraniaya dan sememangnya di antara doa2 yang insya'allah akan dikabulkan permintaan mereka adalah dari golongan orang2 yang teraniaya, sendiri mahu ingatlah! Bukannya mahu menghentam sesiapa (siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya) tetapi kenyataan dan hanya mahu meluahkan perasaan kesal dan tidak puas hati kepada golongan manusia yang macam ni pasal baru2 ni, aku terkena lagi tetapi takpelah, aku berserah saja kepada Yang Maha Kuasa untuk mengadili dan mungkin jugak ALLAH SWT mahu menganugerahkan kepada aku rezeki yang lebih luas dan besar dan didugaNya aku dengan manusia2 yang tidak berhati perut macam dia orang ni.

4 comments:

Anonymous said...

"Halalkan" je lah Abg Eizlan... Kalau tak kat dunia ni, kat akhirat pasti kena bayar balik...

Dato' Eizlan Yusof II said...

Itulah yani, memang abang redha dengan apa yang dah jadi cuma biasalah sebagai hambaNYA yang lemah, kekadang tu terasa gak rasa sakit hati tu...thx anyway bagi komen...

aRNie_aYuNi said...

ermm..lumrah manusia abg lan..
cuma perlukan kita hanya utk kepentingan mereka sendiri..
takpela..buat masa ni abg lan anggap je bukan rezeki abg lan..tapi Allah itu Maha Kaya lagi Maha Mengetahui..insya'Allah, ada rezeki yang lebih berlipat ganda buat abg lan...
yang penting...abg lan dah buat yg terbaik sebagai pelakon kan..
abg lan take care yea..

Dato' Eizlan Yusof II said...

salam aRNie_aYuNi, terima kasih bebyk dengan sokongan moral yang diberikan, AMIN, insya'allah ada rezeki abg yang lain nanti...