Menyentuh tentang hasrat Chin Peng untuk kembali ke pangkuan rakyat Malaysia, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertegas bahawa tiada tempat baginya lagi disini adalah satu keputusan yang wajar diberikan pujian dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari masyarakat Malaysia...
Aku memandang dari sudut sensitiviti masyarakat Malaysia yang mana dengan kepulangan Chin Peng nanti akan hanya mengeruhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengambil berat tentang perasaan keluarga 50,000 anggota keselamatan negara yang gugur semasa memerangi Parti Komunis Malaya (PKM) dulu, pastinya akan terguris kerana dengan secara tidak langsung, pengorbanan mereka akan sia-sia sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia dan ini belum lagi dikira perasaan keluarga mangsa-mangsa kekejaman PKM dikalangan rakyat jelata pada masa itu...
Itu belum lagi kita pandang dari sudut ideologi konumisme yang akan dibawa pulang oleh Chin Peng yang mana berkemungkinan ianya akan menular kembali ke dalam masyarakat dan negara dan akhirnya nanti akan menimbulkan suasana tegang dan huru hara dan niatnya untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa hidupnya disini adalah satu permintaan yang tidak boleh di terima akal setelah apa yang telah diperlakukannya kepada rakyat dan negara juga hasrat yang sebenarnya, hanya dia dan Tuhan sahaja yang mengetahuinya...
Aku amat bersetuju dengan pendirian Menteri Pertahanan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia kerana ianya tidak mendatangkan keuntungan apa-apa kepada rakyat dan negara sebaliknya mungkin akan menyusahkan dan merugikan kita kelak!
18 comments:
Pihak yang mencadangkan Chin Peng diberi kemaafan dan kembali ke Malaysia patut DIBUANG NEGARA. Mereka takkan tahu DERITA mangsa dan ahli keluarga mangsa KOMUNIS sebab tak kena kt batang hidung sendiri, jd mereka cakap ikut sedap mulut. Klu nk tnjukkan sgt rsa KEMANUSIAAN tu, pegi tlg n ringankan beban mangsa kekejaman Chin Peng, bukannya tlg Chin Peng!! Ternyata akal mereka cetek~~kesian.
katakan tidak pada chin peng...sokong benar.... tak de langsung tanah darah ku untuk dia....sokong kenyataan menteri hubby ku....syabas
iya.. saya sokong!!
katakan TIDAK pd Chin Peng!!
owhhh tidak.. jangan bagi dia balik MALAYSIA... jangan bagi luka lama berdarah kembali.. bagi mengelakkan keharmonian negara.. jangan bagi dia masuk MALAYSIA...
aku sangkakan chin peng sudah mati..
aiya, masih idup ka?
BTOI2..JGN BG MASUK MALAYSIA..
Katakan tidak pada Chin Peng.YES
Yang ni????
http://www.zoompanas2.com/2009/05/parti-komunis-malaysia-pkm-dalam-blog.html
knp nk diberikan peluang pd Chin Peng setelah ape yg die buat pada malaysia...pengkhianat spt itu tidak boleh dimaafkan...disebabkan tindakan dia ramai nyawa terkorban..kesengsaraan..diberi peluang utk hidup pon dah kira baik..lebih baik jgn berikan ruang utk Chin Peng kembali ke Malaysia...
Salam..
Memang chin peng tak patut dibenarkan masuk ke Malaysia blk..
Cuba fikirkan perasaan keluarga pejuang2 tanahair kita dahulu..takut luke lame berdarah kembali..
Saya sendiri adalah anak kpd bekas pejuang tanahair..dan tau betapa perit arwah bapa berjuang di medan peperangan sehingga t'paksa meninggalkan keluarga berbulan2 lamenye..
Alhamdulillah,chin peng mmg tdk dibenarkan kembali ke Malaysia dan ini memang diakui oleh PM kita sendiri..
mari kita semua bersatu menentang chin peng!pengkhianat tdak boleh diberi peluang walaupun sekelumit...
hanya satu dalam hati,negara kita,MALAYSIA!
saya juga sangat setuju untuk tidak membenarkan pengkhianat negara itu kembali ke malaysia, dia sepatutnya lupakan terus malaysia, kita x kan rugi apa2 pun dengan ketiadaan dia!
hayati cerita sejarah dulu secara mendalam, perjuangan komunis itu ada sesuatu yang terselindung yang kita tidak begitu jelas.
tapi apapun, aku menyokong untuk tidak membawa masuk kembali Chin Peng ke Malaysia.
ikhlas,
idealogika.blogspot.com
jgn bagi chin peng kembali ke malaysia.haram utk dia kembali ke malaysia.tidak!!!
xperlu diberi peluang kepada chin peng...kerana banyak nyawa terkorban kerana si penama ini...
lupakah mereka terhadap darah keringat pejuang2 tanah air yang mengalir di tanah air ini semata2 memperjuang dan mempertahankan bangsa dan negara hingga terkorban??
isshh...sia2 saja jika memanggil chin peng datang semula!!
salam..penah dengar ttg produk Minyak Kelapa dara??nak tahu lebih lanjut lg ttg kebaikan minyak kelapa dara?? klik
www.bio-asli.com/?id=zuidah77
salam ziarah...
selamat berjuang saudara seperjuangan..!!!!
http://www.buaya-merah.blogspot.com
Sebenarnya idelisme komunis tuh sememangnya ada dan terus ada di Malaysia. X percaya? di Nilai Memorial Park ada sebuah batu nesan tentang perjuangan komunis dan dijadikan tugu.. apakah tujuannya? supaya menghidupkan kembali semangat komunisme... kalau benarkan Chin Peng ni balik memang akan terus dijajah semula tanah air kita nih... Malaysia adalah hak milik mutlak melayu.. tuan punya tanah tumpah darah ini. Bersatulah kembali orang Melayu supaya kita maju dan pertahankan bumi tercinta kita ini kerana bangsa lain yg mendapat taraf kerakyatan melalui jus soli--> dapat kerakyatan melalui tempat lahir di Malaysia tidak menghormati asal usul perjuangan dan kedaulatan negara ini (walaupun bukan semua yg begini)... Jangan benarkan Chin Peng kembali.. pengkhianat negara!!!
Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena bulan kemerdekaan negara yg ker 53
hmm..i'd just know about this blog and this is good btw. i had a colleague name chin peng hahaha.. but way far more better than this chin peng! i strongly agree with all the comments in here.
A communism ideologies are not welcome in this country.
Post a Comment