Thursday, 20 August 2009

Kronisme Di Dalam Industri Seni Tanahair...

Sebenar malas nak bercerita sangat tentang topik di atas ni tetapi apabila terlalu kerap ditanya oleh orang2 yang bukan dari industri aku, terfikirlah jugak nak berkongsi dengan kengkawan tentang apa yang sebenarnya yang telah dan sedang berlaku di dalam industri...

Soalan yang selalu diajukan kepada aku, kenapa bila orang ni buat drama atau filem, hanya orang yang terpilih dikalangan kengkawan mereka aje yang dapat berlakon bersama dan bukannya sekali dua ataupun secara kebetulan, boleh kata hampir kesemua projek2 yang mereka jalankan...

Kalau nak diikutkan, KRONISME adalah salah satu cabang yang MEMUSNAHKAN industri kerana sekiranya berterusan, ianya akan mengakibatkan orang2 industri itu sendiri akan kerugian apabila para penonton sentiasa disajikan dengan muka2 yang itu sahaja dan seolah olah hanya yang itu2 sahaja yang wujud di dalam industri tanahair yang mana akan menyebabkan orang yang menonton akan bosan kerana para penonton sekarang sudah advanced dan sentiasa mahukan KELAINAN dan sesuatu yang SEGAR di dalam indsutri seni tanahair...

Alasan2 yang biasa aku dengar adalah seperti 'lebih senang bekerja dengan orang2 itu sahaja sebab dah kenal ataupun dah biasa bekerjasama' tetapi sekiranya tidak diberikan peluang kepada orang2 lain, macam mana mereka boleh tahu yang mungkin mereka boleh ataupun tidak bekerja dengan orang2 baru kan...

Sepatutnya mereka mestilah mengamalkan sikap yang lebih TERBUKA dan PROFESSIONAL di dalam PEMILIHAN dan PENGAMBILAN tenaga kerja supaya ianya akan dapat memberikan nafas yang baru di dalam industri dan juga akan mewujudkan satu persaingan yang sihat di antara satu sama lain bagi membuktikan bahawa mereka layak untuk bergelar yang terbaik di antara yang terbaik tetapi situasi ini tidak berlaku sekarang ini yang mana bila kita lihat, lepas orang itu, orang itu lagi akan ke pentas untuk menerima pengiktirafan seolah olah hanya segelintir sahaja yang bagus kononnya (kerana kurang saingan) dan yang selebihnya hanya dianggap sebagai SAMPAH di dalam industri itu sendiri dan sepatutnya pemilihan pelakon2 mestilah mengikut kesesuaian untuk memegang sesuatu watak dan bukannya kerana 'kau kawan aku, kau ambiklah watak yang mana kau suka'...

Industri kita sebenarnya telah berjaya melahirkan ramai anak2 wayang yang bagus2 cuma apabila tidak diberikan peluang maka mereka ini akan TENGGELAM dan akan HILANG dari persada seni tanahair dan akhirnya tinggallah beberapa kerat aje yang bernasib baik untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam industri sehinggalah para penonton akan jelak dan muak menonton muka2 itu sahaja dan akhirnya tetap akan menerima nasib yang sama apabila tidak mendapat sambutan dan akan dipinggirkan jua akhirnya oleh orang2 yang sentiasa mengambil kesempatan keatas populariti seseorang selebriti itu...

10 comments:

~farah~ said...

betul tu abg eizlan..

asik muka yg sama je belakon bwh director yg sama....

Anonymous said...

Salam,

Setuju dan tidak setuju dgn isu ini. Setuju apabila pasukan yg baik dikekalkan utk projek filem yg berbeza kerana hasil yg baik adalah diharapkan apabila penonton mengeluarkan sejumlah wang utk menontonnya.

Tidak setuju apabila terlalu streotype dan kadangkala, terbawa2 watak yg hampir sama dgn filem sebelum nya.

contoh, lakonan awie didlm semua filem kwn nye memberikan impak yg same setiap kali ditonton. Harap2 x kene saman nih. Hanya memberi pendapat.

Tq

DQ

Dato' Eizlan Yusof II said...

Anonymous, pasukan yang baik memang patut dikekalkan tetapi mestilah mampu untuk memikul semua watak dan memberikan kelainan di antara satu sama lain ataupun bersesuaian dengan pelakon itu sendiri,takpelah...kalau tidak, sendiri mahu ingatlah...

Anonymous said...

Suka tgk filem melayu 90-an...jarang menggunakan hero dan heroin yg sama...nama2 seperti sofe jane, julia rais, ramona, ogy(aktres) eman manan, awie, jamal, azhar sulaiman(aktor)...jarang berlakon 2-3 filem setahun..tetapi bermula era erra dan saiful..hampir tiap kali cuti sekolah tgk muke diorang kt panggung. Nak kata kroni x pasti plak...

DQ

Ross Safina Hor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hidup_industri_perfileman said...

waa penuk smangat sekali yaa abg ezlan menulis..dan tjuk jga yg sungguh sodap tikam lidah.. tetiba sye terpikir klu la org lurus bendulkn die musti ingt tikam lidah nih org yg kene tikam lidah a.k.a tuan yg tulis ni telah menikam lidahnyaa..heee..mcm ngeri je tjuk ni tp sungguh bgozz..harap2 la ramai pengarah2 ke org2 dlm industri yg buka blog ni...

Pemuda Berani said...

A'ah erk...slalu klo director yg same mesti pelakon2ne pun org2 yg same gak...

psst-abg eizlan klo nak pakai pelakon tambahan,amik ler sy erk...hehehe =p

@LiYaNNuaR ツ said...

amat stuju dgn hujah2 tsebut... kroni2 ni mmg ada di mana2 pun wujud... tak kira di dalam industri apa pun... malah ia hidup segar di persekitaran alam sebenarnya... ye dak???

HANI IRYANI said...

salams...
there is this one thing that i had always wonder...
sejak dari kecik , i had always watch this certain actor and actresses on tv for drama. forgive me because i cant recall their names but for instance the one yg berlakon jadi suraya in tv3 rite now, zizi izzit?
she really sustain but not as glamorous as for eg fasha sandha yg kiranya lg juniour from her.
lg lg now ada bnyk artis muda muda , actresses fom KAMI misalnya.
mereka ini yg lebih cepat mendapat anugerah if u recall what happened in anugerah skrin 2009.
knapa begitu?
bias maybe?
sila tunjuk ajar saya.

Anonymous said...

cronism ada di mana2 even in a gigantic company, GLC.. why i am not suprise di dlm Industri seni tanahair pun ada...
by the way, eizlan, how come i jarang2 seeing you in a dramas/movies nowadays? Busy with kids? ;-)