Tuesday 10 March 2009

Harta Pusaka Bawa Bencana?

Aku terpanggil untuk menulis tentang isu harta pusaka ini setelah mendengar keluhan daripada salah seorang sahabat aku yang sedang menghadapi masalah di dalam urusan pembahagian harta peninggalan arwah ayah beliau yang tidak sempat untuk menyiapkan surat wasiat sebelum meninggal dunia... Perebutan di antara mereka adik beradik telah berlarutan sehinggalah ke tahap memutuskan TALI PERSAUDARAAN yang sememangnya mustahil untuk terjadi kerana secara logiknya, terputuslah hubungan di antara mereka tetapi tidak kepada pertalian adik beradik sesama mereka.

Sesuatu perkara yang amat mengecewakan disebabkan harta dunia yang tidak boleh dibawa ke liang lahat, mampu untuk menyebabkan satu pertalian darah yang telah di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita oleh ALLAH SWT, rosak dan terkulai di pertengahan jalan.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Arwah ayah mereka? Diri mereka sendiri kerana tiadanya tolak ansur di antara satu sama lain?

Mungkin ada yang akan menyalahkan arwah ayah mereka kerana tidak menyediakan surat wasiat tentang pembahagian harta yang akan ditinggalkan dan dibahagikan kepada yang berhak tetapi masalahnya, ajal maut adalah ketentuan ALLAH SWT dan kita tak tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita dan ada jugak kes di mana surat wasiat telah disediakan sebelum kematian tetapi menimbulkan satu masalah lain, tidak puas hati dengan pembahagian harta peninggalan tersebut... Sikap TOLAK ANSUR DAN HORMAT MENGHORMATI wajib ada di dalam diri mereka bagi menghadapi situasi genting sebegini dan cuba untuk mencari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut agar dapat mengelakkan ikatan sesama mereka daripada 'terkubur' begitu sahaja.


Bagi aku, bukan harta pusaka tersebut yang menjadi masalah tetapi lebih kepada sikap manusia yang tamak dengan kebendaan dan terlalu mengejar harta dunia, yang telah mengaburi mata mereka sehingga mengambil tindakan yang di luar batas2 KEMANUSIAAN DAN KEWARASAN kerana sanggup membuang 'darah daging' sendiri dan ada jugak kes2 di mana mereka sanggup berparang dan berbunuhan kerana terlalu mengikutkan NAFSU SYAITAN.

9 comments:

King5zal said...

heheh tu la lain kali panggil la peguam Manaf ..dia pakar surat wasiat ni hehehe..

Bro, memang kalau dah hati busuk dan suka dengki..manusia tu akan cuba merebut apa yg bukan hak mereka..

tamak haloba itulah punca mereka berebutkan harta pusaka..sedangkan lebih mudah jika mereka mengikut hukum faraid.. hukum Allah..

Berikan kepada yang HAK..

Anonymous said...

Masalahnya kita org islam tak menghayati hukum Allah .. tiada wasiat bukan masalahnya kerna kita ada hukum faraid .. hukum faraid ini adalah pemberian harta simati kepada pewarisnya mengikut cara islam .. mudah hanya ikut caraNya aje .. Insyallah berkat ..

Anonymous said...

betul la lan..skang zaman org gila harta pangkat dan wang adalah no 1..biar putus saudara..adik beradik..kekawan pn diaorg sanggup..janji diaorg dpt semua tu..harap2 kita x termasuk d dlm golongan tu..amin..mintak di jauhkn..sepatutnya ank2 harus tau berdikari jgn mengharapkn org tua..usaha sendiri..kita yg sepatut nya menolong dia org..dia org dah menolong kita masa kecik sampai skang patut kita bershukur..aminn..jd lah ank yg soleh..jd kn semua ini igtan buat kita..nabi dh ckp zaman skang org mati dlm 70000 sorang pn x masuk surga sebab mende2 cam ni la..takut2..

usops said...

sebab harta pusaka ramai org sanggup buang saudara buang adik beradik..buang kawan..harta..wang..pangkat tu yg lebih penting..sepatut nya ank mendoakn kedua ibu bapanya yg telah pergi..bkn bergaduh psl harta peninggalan..biarlah ini dijadikan teladan buat kita..harta anak2 pandai2 lah cari sendiri..puas dah org tua kita besarkn kita..kita yg sepatut bantu dia org..igt arwah kat sana perlukan doa dari kita..itu yg lebih utama..nanti sama2 boleh masuk surga..

HH said...

well... Nampaknya 'penyakit' tamak di antara orang melayu islam ni sangat berleluasa. Jalan penyelesaiannya, hanyalah kembali kepada agama Allah. Guna dan praktik kan kaedah faraidh & hibah. Serahkan masalah pembahagian harta itu pada mereka yg arif untuk mentadbir & membahagikannya secara adil. Pada peringkat awal, pendidikan harus diberi kepada anak2 kita agar mrk mengerti. Allahualam

Dato' Eizlan Yusof II said...

salam sahabat2 ku, tkasih kerana memberikan komen2 yang bernas dan very positive, semoga ianya akan mampu untuk memberikan kesedaran buat saudara2 kita yang sedang menghadapi situasi sebegini...

Unknown said...

Memang Bro Eizlan ni serba berkebolehan merangkumi pelbagai aspek dari pelbagai sudut disiplin ilmu dengan pengalaman asam manis pahit maung kehidupan dan layak di beri Pengiktirafan...Saya katakan Eizlan Bond 007....

UNV Code:Criterion911

Azza PERLIS said...

salam..
saya setuju dgn topik yg di discuss ni..kdg2 orang tak amek peduli pasai menda2 ilmu gini.. bila dah terkena pd kuarga sndr br ter'pk'. actually sy pun tgh wat research pasai tahap kfhmn org Islam berkenaan pengagihan harta pusaka tau faraid ni. cket sbnyk drpd nukilan sedara eizlan ni menunjukkan thp kfhmn org ramai msh di thp yg rendah mgkin. taupun sj buat tak endah, jd kelabu mt bila t'byg pulangan yg lumayan. harta b'golek takyah teruk2 usaha..
pa yg pasti dan nyata, hukum syarak ketentuan ALLAH tetap hukum. sapa yg amek bukan drpd haknya, tunggulah balasan yg telah di janjikan ALLAH. pembahagian hrta pusaka yang telah dinyatakan dlm Al-Quran dan Hadis serta ijmak adalah jelas kepada semua ahli waris dan adil lg saksama..
sekian, terima kasih...

Anonymous said...

SALAM...
bgs sbnrnya p'bncngn lagu ni. skrg2nya bg orang2 yg bc sm2 dpt ilmu dan ber'pk' bab faraid. kdg2 ada yg tau tp buat2 tak tau.. sy pun tgh buat research pasai ni..thp kfhmn org Islam terhadap pengagihan harta pusaka.. bgs gak sedara iezlan bincang pasai ni dlm blog ni, ilmu yg bermanfaat.. ssghnya orng2 yg amek hak org lain tnpa haknya akan mndpt blsn d akhirat kelak.. jelas tlh dnyatakan dlm al-quran as-sunnah dan ijmak. pembahagiannya jugak jelas dinyatakan dlm al-quran. hukum syarak tetap hukum yg tak blh di ubah lg.
sekian,
terima kasih sedara iezlan..
syabas tuan..

regards,
AZZA PERLIS