Apabila aku terbaca berita pengumuman Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed tentang kenaikan harga TOL di beberapa tempat, mengeluh panjang aku dibuatnya sebab dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang ni, bukanlah satu keputusan yang wajar untuk dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan... Berkemungkinan, memang sudah ada perjanjian di antara pihak Kerajaan dan pihak pemegang konsesi lebuhraya berkenaan tetapi sekarang ni bukanlah masa yang betul2 sesuai untuk menaikan kadar TOL sedia ada memandangkan tindakan itu akan hanya mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna TOL2 tersebut dan ianya akan membebankan pengguna2 apabila terpaksa berbelanja lebih sedangkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, kita amatlah dituntut supaya berjimat cermat agar tidak tersepit di dalam situasi ekonomi yang sedang tidak stabil sekarang ini... Aku amatlah berharap agar kepimpinan sedia ada sekarang ini mampu untuk menangani permasalahan ini agar kebajikan rakyat akan terbela dalam mengharungi kemelut ekonomi negara...
Ada kemungkinan jugak yang pihak pemegang konsesi akan bertegas untuk menaikan jugak harga TOL sepertimana yang telah termaktub di dalam perjanjian yang telah dibuat dulu dan sekiranya ini berlaku, pihak Kerajaan secara tidak langsung akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan rakyat yang tidak puas hati dengan kenaikan tersebut dan dibimbangkan akan mencetus suasana yang tidak baik kelak... Pihak Kerajaan mestilah tampil dengan satu mekanisma yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan 'bakal masalah' ini...
Harga minyak yang telah dinaikkan dulu, telah menimbulkan suasana tegang di antara rakyat dan Kerajaan sehinggalah isu tersebut telah diguna pakai oleh parti pembangkang yang akhirnya telah mendapat sambutan daripada rakyat tetapi harga minyak dapat juga diturunkan oleh pihak Kerajaan hasil daripada penurunan harga komoditi tersebut di pasaran dunia (menunjukkan Kerajaan mampu untuk menangani masalah yang lebih besar) dan kalau mahu dibandingkan dengan 'bakal masalah' ini tidaklah sehebat masalah minyak ini kerana ianya masih boleh dibawa berbincang oleh kedua-dua belah pihak ini kerana ianya tidak melibatkan sesuatu yang bergantung kepada pasaran dunia seperti minyak itu tadi kerana ianya melibatkan perjanjian domestik di antara pihak Kerajaan dan pemegang konsesi lebuhraya tersebut...
4 comments:
tu ar pasal.. igt samivellu da xde tok xnaik lg..upenye naek jgk.. ape nk jd ntah..
hehehe, tak terfikir lak pasal Samy Vellu...
pengalaman hidup kaksal,dah merantau keserata negara,tak pernah jumpa lagi
negara yang paling banyak kena bayar tol ialah negara kita..hai kesian rakyat,mcm ni jenayah berleluasa kerana rakyat hidup dalam tertekan nak di banding kan negara lain negara kita lebih makmur tanam apa pon menjadi cuaca yang baik..dan subur..
salam salhalim...point yang begitu bernas dan menarik, thx so much for supporting my blog...
Post a Comment