Kemelut politik di Perak masih berlanjutan sehingga ke hari ini tanpa menampakkan tanda2 pemulihan dalam jangkamasa terdekat yang mana ini akan menyebabkan ketidakstabilan dari segi pengurusan negeri, ekonomi dan perbalahan yang tidak berkesudahan...
Barisan Nasional yang berjaya 'merampas' kembali negeri Perak daripada Pakatan Rakyat yang mana situasi ini telah mencetuskan satu pertembungan yang tidak sihat di antara 2 parti politik ini yang akan berpanjangan dan akan menyebabkan rakyat negeri Perak berada di dalam situasi yang tidak selesa dan membimbangkan... Kepimpinan baru negeri Perak akan sentiasa diganggu gugat oleh parti yang satu lagi dan ini akan menimbulkan kesukaran didalam melaksanakan tugas2 pentadbiran negeri dan kelancaran di dalam tugas2 kemasyarakatan dan kebajikan rakyat2 negeri Perak...
Kedua-dua parti haruslah mencari satu pendekatan yang positif bagi menyelesaikan permasalahan di antara mereka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kestabilan negeri Perak dengan mengenepikan kepentingan diri sendiri dan parti kerana kedudukan parti yang memerintah sekarang ini telah diperkenankan oleh Sultan Perak, yang mana titah Baginda tidak perlu dan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh pihak yang satu lagi... Seharusnya pihak yang satu lagi, menyusun strategi untuk masa yang akan datang supaya permasalahan dalaman parti tidak berlaku lagi sehingga menyebabkan ada di antara ahli2 parti tersebut bertindak keluar parti dan menyebabkan parti itu hilang kedudukan mereka di dalam tampuk pemerintahan negeri kerana permasalahan yang sebenarnya berlaku, pada pandangan aku, adalah dari dalam parti itu sendiri...
5 comments:
1st time saya tngk artis yg boleh ckp pasal politik n hal2 yg erkaitan ini dengan 'jelas' dan cara dan pemikiran tersendiri~
Congrats bro..Golongan artis mmg sptttnya mbil tahu hal2 mcm ni, sbb golongan artis dan pelakon mmg golongan yang mempunyai 'figure' tersendiri.Teruskan
salam deniel, thx for the comment & support...
salam abg eizlan..first time masuk blog ni..asalnye bcb blog kak ogy..
ehmm saya ni org perok..mmg serabut sgt dgn kemelut skrg ni..patut masuk dlm sejarah Malaysia
-Negeri 2 menteri besar
-Sidang Dun bawah pokok..
ntah hape lagi lepas ni...
kim salam akak vie n zaara yg cumil
NYampah tgk dalam Cinta Utk Ain...hehe
mmg btul! msalah dlman mmg prlu dipndg serius dn ditangani. semua hrus mngorak lgkh, tdk skdr stu dua krat je..
1st time masuk blog eizlan, tak sangka blog u yang ini sangat membina,dan u memebuktikan golongan artis juga peka dengan hal sekeliling...
Post a Comment