Saturday 14 March 2009

Tiara Jacquelina OK!

Apabila diumumkan sahaja nama Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Pengetua Akademi Fantasia yang ke7, pelbagai reaksi daripada luar telah didengari, ada yang setuju dan ada jugak yang merasakan Tiara TIDAK SESUAI LANGSUNG untuk memegang jawatan terpenting tersebut.

Sepatutnya jawatan tersebut diberikan kepada orang yang LEBIH BERPENGALAMAN kalau mahu dibandingkan dengan Datin Seri yang dikatakan TIDAK BEGITU MENONJOL & TIDAK BEGITU BERKARISMA untuk bergelar sebagai Pengetua AF.

Pada pandangan aku, mungkin Datin Seri kurang berpengalaman kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama besar yang termasuk di dalam senarai pendek pemilihan untuk jawatan Pengetua tetapi beliau mempunyai KREDIBILITI & KELEBIHANNYA yang tersendiri yang tidak ada pada calon2 yang lain dan aku rasa beliau mampu untuk memikul tanggungjawab berat itu walaupun mendapat kritikan hebat dari berbagai sudut.

Mungkin jugak timbulnya isu sebegini kerana ada yang IRI HATI atau pun tidak suka dengan diri Datin Seri sendiri dan terus menghukum Datin Seri tanpa menjalani dulu proses 'PERBICARAAN' dan pemilihan calon2 untuk memegang jawatan Pengetua AF ini pastinya telah dijalankan dengan teliti oleh PARA JURI yang telah diberikan kepercayaan dan yang telah diamanahkan oleh pihak ASTRO untuk memilih siapa yang benar2 layak untuk menduduki KERUSI PANAS tersebut.


Bukannya aku mahu menyebelahi Datin Seri kerana aku mengenali beliau sebagai seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang baik tetapi seharusnya kita berilah peluang dan ruang kepada Datin Seri untuk membuktikan yang beliau SEMEMANGNYA layak untuk bergelar Pengetua AF7 ini dan janganlah terlalu MENGHENTAM dan memberikan KRITIKAN PEDAS kerana ianya baru nak bermula dan kepada Datin Seri Tiara Jacquelina, GOOD LUCK!

10 comments:

Anonymous said...

Tiara Jacquelina OK ? oklaaa... dari takde... marilah kita sama-sama tengok dan lihat apa yang mampu dia berikan..

Dato' Eizlan Yusof II said...

sama2lah kita bagi beliau peluang untuk buktikan dirinya.

Anonymous said...

datin seri? kenapa tidak..selain dari kak ogy ahmad daud kita, dia adalah salah seorg wanita yg amat saya kagumi. tulah org hanya pandai komen tanpa menilai bakat dan kebolehan seseorang itu. she is GOOD.she knows wat the best for a show or an artist. i like the way she critics sumtimes.biar pon kedengaran mcm laser tapi..... ia adalah untuk seseorang tu tau menilai bakat mereka sendiri,touchup bakat2 yg ada sebelum mereka berdepan dlm showbiz ini.kalau ianya based hanya pada muka mereka cantik/hensem tapi bakat tu 40% saja..tkde nilai nya. jual muka saja tanpa kesan.i dont see this "kesan" in new artist. mereka blh publish a lots of time tapi tak sama mcm org2 yg old timer(veteran)...

Anonymous said...

Dah pernah berjumpa dgn DS Tiara. she's very humble n talented. Very hard working person n a perfectionist. go tiara ..

HH said...

Berjaya atau tidak seorang Pengetua itu mengendalikan AF, byk bergantung kpd sistem pengurusan yg diguna pakai. Di hari pertama, DS Tiara d AF, beliau terus memaklumkan kpd pelajar, objektif serta misi d AF. Beliau bukan shj menyatakn apa yg tenaga pengajr dpt sumbangkn, tp apa 'expectations' dr pelajar. Semuanya diperjelaskan dgn teratur & sistematik. Seterusnya, berjaya atau tdk, sesuatu program itu hanya dpt dinilai pd penghujung program. Sama2lah kita lihat & nilai 'end result'nya nanti.

Anonymous said...

Datin Seri is a graceful woman, juga lebih banyak bertindak dari bercakap. Tidak salah memilih beliau sebagai Pengetua berdasarkan pengalaman serta kejayaan cemerlang beliau dalam performance art.

King5zal said...

Kalau dibandingkan bakat dan juga pengalaman.. Anita Sarawak lagi OKkkkkkkkkkkkk.. dan lebih layak menduduki jawatan PRINCIPAL..

Tapi, dari tak de ..dan nak sgt kelainan...nak pompuan utk jawatan Principal ni...maka OK la jadinya dgn Tiara...

No More Komen.. hehehe

Anonymous said...

D.S TIARA??..

ok wat!!ok sesangat lahh!!
sy mmg sokong!go Tiara go!! ;p
evribodi have their own strength kn..
for me she is a BRILLIANT! ;)
from where she is..where she now..evribodi know rite??
she have a gud "strategy"..
selaku seorang perempuan,personally sy memang mengagumi pencapaiannya..di bidang seni..di bidang kerjaya..for me she is professional!!cayalah! ;)
let us see macamana tiara jd "Puteri Pengetua" plak..hehehe..
ape pon sy mmg suka Tiara!!boley gitue?? ;p
"Beauty with brain" ;) (ayat poyos..ehekss..) ;p

Anonymous said...

DS Tiara...
4 me lah kan..
dont go for the 'look'
but go for the 'talent'..

she is a talented woman so why dont we give her chance to prove it kan ??

tranformasi akan berlaku !!!

cuma kan...
budak2 AF 7 kali ni tak mcm dulu lah... kali ni lebih berani meng'kondem'kan sahabat mereka dan suka menjatuhkan 'air muka' sesama sendiri...

we dont hve to prove at everybody who we are n who is right mcm yang student2 AF 7 buat kontroversi kali ni... pergaduhan antara Rini dan Aril tu memang tak sihat...
biar pun Rini salah tapi jgnlah kondem Rini sgt2..kan dia pun ada maruah...

sebagai pengetua,
DS Tiara should do something 4 her student, jgn terlalu 'self-discloser'kan mereka kpd public, everybody hve their own privacy..scren dulu b4 show it to public ...

cadangan ziah..
disiplinkan tingkah laku mereka gunalah 'behavioural approach by B.F Skinner'... hehehehehehe... masuk psikologi plak kan ???
tau je lah bila psikologist bercakap kena dgn teorinya...
hihihihi....

setuju tak adik ipar ku yg COMEL mcm Zaara???... hihihi
;-p

Dato' Eizlan Yusof II said...

hehehe comel ke? thx so much my sis in law, memang betul dengan apa yg di komen.