Friday 28 January 2011

Nilai Sebuah Surau...

Selama ni aku taklah terperasan sangat dengan perkara ni tetapi semalam aku seperti tersentap perasaan sedikit dan telah membuka mata aku tentang perkara yang aku pasti ramai umat islam di negara kita ni tidak sedar ataupun tahu tetapi malas untuk memperkatakannya...

Semalam tengahari aku ada meeting kat Plaza Damas dan telah berlangsung sehinggalah ke agak lewat petang, setelah habis, aku bergegas ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan tentang arah surau dan tahu apa yang telah diperkatakannya? 'Encik pergi ke tandas, surau disebelahnya', aku pun berjalanlah ke arah tandas dengan niat hati yang mahu ke surau, terpanggil aku untuk berkongsi rasa kurang senang aku tentang kedudukan surau yang ditempatkan bersebelahan dengan tandas!

Masalahnya bukan hanya di Plaza Damas tetapi juga di 1Utama (tempat lepak2 aku) yang selama ni aku tak terperasan tentang perkara ni, tidak seperti kedudukan surau di Central Market yang mana ditempatkan diatas bumbung bangunan tetapi jauh sekali dengan tandas yang ada disitu...

Kenapalah pihak pengurusan bangunan kurang peka tentang sensiviti agama apabila menyediakan surau bagi umat islam untuk mengerjakan solat tetapi diletakkan ditempat yang kurang elok dipandang oleh masyarakat yang mana bukan hanya umat islam yang akan lalu lalang untuk ke tandas malahan bangsa2 dari agama yang berlainan...

Tak pernah pulak aku nampak ada tempat pemujaan ataupun tempat2 sembahyang agama lain selain islam yang ditempatkan berdekatan dengan tandas... Entahlah, mungkin orang melayu ataupun orang islam dinegara kita ni agak bertolak ansur dan berlembut dengan apa jua keadaan yang dilalui mereka, bukannya apa, aku pun tak tahu kenapa tersentap sangat perasaan aku pada masa itu sehinggakan telah mendorong aku untuk berkongsi dengan kawan2 apa yang aku rasa sekarang ni...

Jauh di sudut hati, aku mengharapkan agar dapatlah surau2 yang telah disediakan di shopping complexes kononnya untuk kemudahan orang islam, dipindahkan ke tempat lain yang lebih terhormat memandangkan terlalu banyak kawasan kosong yang terdapat disitu dan tidaklah seperti menyediakan surau tersebut seperti melepaskan batuk di tangga sahaja...

24 comments:

Mimie.Candy Cane said...

totally agreed..

Cahaya_Kebahag!aan said...

salam..
saya setuju.. sekarang dah terlalu bnyak tempat yang menyediakan surau bersebelahan tandas.. bukan sahaja menjadikan tempat itu kotor malah mencacatkan pandangan mata, bila berada di tempat tertutup kebersihan hanya ala kadar sahaja dan signboard surau tidak dipamerkan.. amat malu dan segan bila pengunjung luar yang menggunakan kemudahan surau..

NURUL ARLIZA HJ. MAHMOOD said...

betol la.
kerajaan terlalu berlembut sgt.
kalau fikir sensitiviti ISLAM mestila d'teliti dulu pelan sblm t'binanya setiap s.complex.!
huhh,

Unknown said...

bukan setakat bangunan pejabat or shopping mall, kat universiti pon sama jer....

Legasi Piston Pecah said...

betul juga tu..
selama ini pon terasa seperti nak mempersoalkan perkara-perkara begini,tetapi bila melihat orang di sekeliling endah tak endah saja,terus tak taw nak berkata apa.

dimana-mana saja shoping complex, surau pasti akan ditempatkan berhampiran tandas.walau bukan sebelah menyebelah,tetapi jaraknya dengan tandas tidak lah jauh.heran kadang-kadang kan.

hany.hss said...

betul jugak kata a. eizlan tu.tapi, kalau jauh dgn tandas pun susah jugak.sometimes surau xda tmpt wudu, so tandas mmg sgt diperlukan. ye dak. but u got a point bro.

Dato' Eizlan Yusof II said...

adik detective, masalahnya sekarang ni, tempat wuduk ada disediakan di dalam bilik solat tu, if takde, bolehlah nak dikatakan yang bagi memudahkan untuk mengambil wuduk tapi dah ada, jadi tandas tu sememangnya untuk kegunaan awam untuk membuang 'air' besar atau kecil...

cham's said...

org yg menggelar diri mereka korporat patut sedar tanggungjawab sosial ni. tempat solat mahupun kawasan lapang / taman permainan selalu aje jadi kawasan or lot 'SAKI BAKI' koret-koret ruang yg tak efektif nak digunakan.

ramai pikir nak cepat kaya. diaorg lupa tanggungjawab sosial penggelar diri korporat pd bangsa & agama...negara ntah pe jauh lagi.


as town planner i sllu je pikir how to solve this problem dlm dunia demokrasi katanyeeeeer.if tidak untuk islam, sekurang2nya bagi bangsa melayu tu sendiri. how pity i am.

Anonymous said...

eizlan, totally agree with you.but i am sure there must be a way to tell the authority about this. there must be some channel..

zuhanif said...

emmmm Ya la betul juga kan.baru terperasan cos sy n keluarga jarang2 guna tempat solat dalam mall. btw sebenarnya kerajaan tempatan yg meluluskan plan bangunan tu perlu tahu n mengambil berat. setahu sy untuk tpt perniagaan seperti tu kn hantar plan pd majlis pebandaran tempatan dan bomba berkaitan struktur bangunan. emmm skrg ni ada duit jer semua lepas. sampai blh jd mcm stadium kat T'ganu tu.

ummu nuha said...

hmm... mungkin untuk memudahkan org untuk beristinjak sebelum solat kot..sbb tu la dibuat dekat dgn toilet. but i doubt..ada ke developer yg pikir cmtu?..i believe surau is the last thing they hv in their mind masa nk plan layout. ntah la... anyways... tq 4 sharing..:)

Issha said...

Assalamualaikum

Memang setuju. Kadang2 keadaan surau tu sendiri buatkan kita rasa tak yakin dengan solat kita. Pernah sekali saya sedang solat, air dari toilet atas menitik2 kat surau Semua House.. sangat menjijikkan..

Unknown said...

Setuju sangat...

apiz.kamarudin said...

saya keje dlm bidang senibina, dan pernah keje ngan arkitek, mostly bos2 saya adalah cina, bkn Islam..so, kdg2 benda2 mcm ni, dorang x amik port sgt kot..jnji ada je..
sbb tu kalau ada pun surau nye, kiblat x kan dapat straight ngan wall..msti,senget kan? mmg design 1 building, x sama ngan men'design 1 masjid..itulah masalah kita skrang ni.

waallahhualam..

Cik Nin said...

cik nin dtg memfolo.. ^_^

Cik Nin said...

cik nin pernah mempersoalkan benda yg sama jugak masa pergi surau semua house kl. klau nk banding saiz surau dgn saiz bangunan, mmg jauh panggang dari api la. tp bila cik nin pertikaikan benda tu secara terbuka dpn pengunjung surau tu jugak, org tu ckp, "yelah yg buat shopping complex ni bukan islam..." and i admit it. bnda tu la punca utamanya...
dia buat surau tu pn skadar nk memenuhi kriteria yg perlu ada pd shopping complex d msia je...

LittleGurl said...

setuju sgt...kadang2 pihak yg terbabit tak ambek berat hal mcm ne. bg dorang,ala mana2 pom boley bina masjid,bina surau.mmg la ikutkan Islam agama yg memudahkan umat. Kat mana2 pom boley solat kan. tapi kalu dah bina masjid/surau,salah ke bina kat tmpt yg seswai sket,tmpt yg bersih dan bg keselesaan.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

setuju ngan Bro Eizlan..
byk kali nmpk mende nie di tempat2 lain.. sad =(

Anonymous said...

Bercakap pasal surau ni saya nak bring up isu surau di LCCT. Pernah semasa saya bersolat subuh disitu, announcement speaker yang dipasang dalam surau tu volumenya terlampau lah kuat mungkin full volume agaknya, sehingga menggangu kekusyukan sembahyang...tau tau saja lah announcement di LCCT kan bertubi tubi. Jadi sesiapa yang bekerja dengan Airasia ataubdi LCCT tu mohon bawa perkara ini ke hadapan..
Mengenai isu surau di tepi tandas, pihak brrkuasa tempatan sebelum meluluskan plan bangunan mesti make sure kedudukan surau yang baik dan strategik...betul cakap Eizlan, jangan melepaskan batuk ditangga dan ingat sembahyang itu benda yang remeh temeh

fard said...

ada satu surau kat kedah dalam tandas....masuk tandas then baru surau,,,,

Anonymous said...

pegi hotel 4-5 bintang.... lagi teruk... bulan puasa tanya surau mana... ada yg dekat area parking nun jauh di sudut gelap, ada yg sebelah rumah sampah.... ada yang area yg x di gunakan.... pastu letak 2-3 helai sejadah...... sedihkan...

susah nak dapat hotel yg dia convertkan bilik utk di jadikan surau.... ada tapi x banyak..and selalunya hotel yg x terkenal buat macam ni.....

Anonymous said...

Thank God in Kota Kinabalu, surau di shopping complexes tidak berada berdekatan dengan tandas. =)

Anonymous said...

Actually, I rasa surau patut tak jauh dari toilet, sebabnya, sebelum ke surau nanti kita selalu nak ke toilet dahulu.
In terms of piping layout pun, it makes sense to put surau near toilet, sebab nak ada piping tempat ambil air sembahyang. Even in mosque its like that. (tempat ambil air sembahyang near toilet).

So in my opinion, what should we all do as citizens are to make sure toilet tak kotor. Its the responsible thing to do.

Anonymous said...

saya baru bukak blog ni dan terbaca sudut ni. rupa rupanya bukan saya saja yang concern ttg pembinaan surau di shopping2 complex, ada juga segelintir dari kita yang alert tentang ni. saya sebenarnya dah berniat nak hantar surat cadangan kepada Pejabat agama islam, jabatan arkitek Malaysia dan juga beberapa jabatan yang berkaitan mengenai isu surau di malaysia melalui web Jabatan Pengaduan Awam. Tapi saya masih tidak mempunyai kesempatan untuk menulis secara rasmi kerana kekangan masa. Sepatutnya, sebagai negara Islam, pihak kerajaan perlulah menitik beratkan keadaan surau di semua tempat termasuklah di shopping2 complex dan public places. walaupun surau dibina di dalam shopping complex, tapi kebanyakkan nya di bina tidak strategic dan kecil. ada setengah shopping complex, atau hotel hotel, menempatkan surau di satu sudut di parking lot dan yang paling sedih ada juga yang letak kat tempat2 sudut terpencil di hujung banggunan. apa salahnya kalau sediakan satu unit seperti outlet baju di semua shopping complex. berpatutanlah dgn jumlah orang islam di negara kita.bukan buat tempat solat hanya muat untuk 3 -5 orang sahaja. kerajaan patutnya peka terhadap masalah ini. agaknya diaorang terlepas pandang.sbb sibuk sgt dgn hal hal lain yang lagi penting. saya bercadang nak hantar email untuk raise this issue tapi belum berkesempatan lagi. alangkah baiknya kalau ramai yang hantar surat kepada kerajaan mengenai isu ini, untuk menarik perhatian mereka. -RoseTajuddin